Melalui satu posting di Facebook, satu penulisan yang ditulis oleh seorang doktor perubatan telah tular apabila beliau membuat tuduhan berkenaan peniaga cuba buat untung besar dengan menaikkan harga barang jualan.
Posting berkenaan telah menarik perhatian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Afyan Mat Rawi, yang ingin memberi komen di posting berkenaan.
Menurutnya, dia yang berpengalaman berniaga di pasar malam, bazar Ramadan dan berniaga di tepi jalan nampak apa yang Tn Doktor serta kebanyakan orang tak nampak. Ia bukan semudah itu.
Katanya dalam satu posting di facebook peribadinya, dia ingin menulis ulasan sendiri terhadap penulisan itu, tapi rupanya sudah ada yang tulis di bahagian komen.
Berikut komen oleh seorang peniaga dgn nama Yoep Owsem di posting berkenaan:
“Memandangkan sy berniaga gerai nasi kukus ayam berempah, saya nak share juga kos2 tersembunyi yg perlu diambil kira if nak mula berniaga:
1. KOS JUALAN TAK HABIS DIJUAL. Berniaga 2.5 jam, belum tentu boleh habis jual semua. Sy berniaga 7.5jam baru boleh jual 70 bungkus. Kalau hujan, lagilah teruk. Yg tak habis makan sendiri atau sedekah kat orang, tapi either way kos tetap kena tolak dari keuntungan.
2. AYAM POTONG 14 terlalu kecil. Kalau ayam rm20 bermakna ayam tu berat dalam 2kg. Ayam 2 kg boleh potong 10 je maksimum, kalau tidak akan mengundang sumpah seranah dari pelanggan, dah la jual rm4.50. Sy jual ayam potong 4, rm6.00 seketul.
3. KOS MINYAK MASAK. Klu boleh dapat minyak masak paket sekalipun, akan pakai sehari 4 paket minyak untuk goreng ayam. 4kg x rm2.50 = rm10. Kalau tak dapat cari minyak paket, bersedialah untuk kos yg gila kasar.
4. KOS GAS yg ni ramai ambil mudah, hakikatnya kos ni besar dan kerap kena beli. Seminggu sy pakai 4 tong gas untuk jualan di gerai 7.5 jam + masak kuah di rumah 3.5 jam. Ayam goreng berempah ni api kena kuat kalau tak ayam tak masak sampai dalam.
5. KOS BERAS. Sy pakai 8kg beras untuk jualan 70 bungkus. Itu beras ye, bukan nasi. Kalau nak dijadikan nasi ada kos2 tambahan.
6. KOS BAHAN SAMPINGAN. Contoh kos untuk kuah kari kaki ayam, sambal belacan, kos sayur, rempah perapan. Kos2 ni besar ye tuan puan sbb cili padi n cili masak sekarang harganya bukan murah. Sampai rm15 sekilo. Belacan lagi, herba campur, buah keras, serai, lengkuas, kayu manis, bunga lawang, tomato, cili kering, serbuk n daun kari, pandan dll.
7. KOS PEMBUNGKUSAN. Kos untuk bungkus barang jualan. Kertas minyak gred B, plastik bungkus nasi 15×15, plastik 5×7 bungkus kuah n sambal, plastik singlet pelbagai saiz.
8. KOS SANTAN. Kalau berdasarkan kiraan tuan tanah, jualan ialah 70 bungkus sehari. Maka santan sehari kena pakai 1kg untuk kuah kari. Rm7 – Rm10 sekilo.
9. KOS PEKERJA. Pengalaman saya berniaga 7.5jam jualan 70 bungkus memang memerlukan pekerja sebab kita kena goreng n bungkus on d spot. Pelanggan tak nak makanan sejuk. Kalau 2.5jam nak jual 70 bungkus, sy jamin kena pakai lebih dari 3 org (termasuk tokey).
10. KOS TRANSPORT. Kos minyak untuk ulang alik ke tapak berniaga, kos pusing merata kedai beli barang mentah yg murah, kos meronda sebab nak cari minyak paket. Kos ni bukan sikit ye, dan sy jamin tak boleh nak naik motor sebab banyak barang yg perlu dibawa.
11. KOS ALATAN BERNIAGA. Sy berniaga stall tepi jalan, kos beli alatan berniaga di tapak + alatan berniaga dirumah mencecah rm10k jugak ye. Blender heavy duty pun dah rm500 untuk brand butterfly. Sy pakai brand Khind murah sikit tapi baru pakai 3 bulan dia dah problem, mujur beli baru ada la warranty. Tapi kena beli 2 untuk back up.
12. KOS STORAN. Klu berniaga pd skala jualan 70 bungkus sehari, kita takkan boleh muat dah pakai chest freezer 120liter, pakai peti ais rumah. So kena pakai freezer besar, peti ais kena beli asing untuk simpan stok bahan mentah kalau tak nak keluar setiap hari berbelanja. Freezer besar rm800++, peti ais rm1000 saiz sederhana. Nak jimat beli 2nd, tp kena fikir jugak kos repair. Kos storan ni akan datang sekali bersama kos letrik ye.
13. KOS KESIHATAN. Cucuk thypoid rm70 ye seorang. Kalau dah 3 orang kira la sendiri. Pekerja yg kita cucuk tu pulak belum tentu kekal nak kerja dgn kita.
14. KOS GAJI. Gaji pekerja kalau setakat offer rm50 sehari kerja gerai, mmg kena bersaing la dengan kerja rider yg lebih menarik dikalangan budak2 muda. Gaji tokey jgn lupa kira ye. Persediaannya bermula awal pagi dari beli ayam dan bahan2 mentah, cuci ayam dll, masak kari, berniaga, cuci tapak dan cuci peralatan.
15. KOS RISIKO. Risiko ni boleh datang dari sudut authority, sudut cuaca, dan juga sudut mistik. PBT, Kesihatan, Polis, Imigresen (klu pakai pembantu gerai pekerja asing) dll. Cuaca ribut boleh hancurkan khemah kita. Sihir, santau dan khianat juga boleh jadi risiko yg paling besar pakai kos.
16. KOS TAPAK. Tapak jarang dapat free even berniaga tepi jalan, mesti nak kena bayar. RM5 – RM10 sehari average. Kalau dalam kampung ye la free. Nak tempat ramai orang dalam pekan mesti dah kena bayar, samada pd PBT atau pada gerai yg kita tumpang. Tapak tu pun nak kena dekat dengan air untuk mencuci, klu berniaga malam ada baik klu dpt tarik letrik sekali. Untuk yg menyewa kedai lebih parah, sbb selain sewa, akan kena bayar lesen PBT, lesen papan tanda berlampu, kesihatan (penapis minyak), letrik tarif komersial, IWK dll.
Tambahan: Kalau nak ada untung lebih, kena bukak meja utk dine in n jual air. Ini semua tambahan kos ye, tapi boleh generate extra profit.
Kepada yg baru nak mencuba, ambil kira kos-kos diatas sebelum anda pertaruhkan baki saving anda untuk mula. Pergi bersembang dengan orang2 yg dah berniaga (bukan pergi masuk kelas ‘bisnes coaching’ pulak ye).
Sumber: Afyan Mat Rawi, IFP