Doktor Kongsi Kisah Lelaki Telinga Bertindik & Tangan Bertatu Menangis Lepas Lihat Anaknya | Memiliki cahaya mata sudah pasti menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Tak lengkap rasanya mahligai rumahtangga yang dibina tanpa kehadiran anak sebagai penyeri.
Oleh sebab itu, bila terjadi sesuatu kepada anak-anak, ibu bapa pasti akan jadi yang paling terasa. Begitu juga dengan lelaki bergelar ayah ini. Hati mana yang tak luluh bila melihat anak sendiri berselirat tiub pernafasan sejurus dilahirkan ke dunia.
Melalui hantaran di laman Twitter Dr Redza Zainol, doktor paediatrik ini berkongsi kisah pilu seorang ayah yang terpaksa melihat bayinya yang kritikal selepas dilahirkan. Ikuti perkongsian Dr Redza di bawah ini.
Itu hari seorang lelaki berbadan besar datang ke wad bayi. Telinga bertindik dan tangan bertatu.
“Anak encik lahir pramatang 28 minggu. Bila lahir pramatang begini, semua organ dalaman pun sama ikut belum matang.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Dia lihat anaknya, dan mata ayah ni mula berkaca-kaca. Dia minta untuk duduk sebentar sebab kakinya terasa lemah.
Perlahan-lahan dia menangis. Dipegang kaki anaknya dan air mata pun tumpah ke pipi.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Untuk membentuk naluri lelaki supaya melindungi orang yang tersayang termasuk isteri, anak dan ahli keluarga yang lain.
Namun, dalam keadaan yang ekstrim, bila dia tak dapat lagi melindungi orang yang disayangi, dia hanya mampu menangis.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Keesokan harinya, ayah tadi datang lagi. Kali ni bersama isteri.
Kali ni dia nampak tenang dan dia pula yang tak putus-putus menenangkan isterinya. Dia beri kata semangat hinggalah mereka berlalu pergi.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Di hadapan keluarga, mungkin dia tak tunjukkan emosinya, tapi percayalah dia sentiasa ada di sisi kita walau apa jua keadaan.
Ucap terima kasih pada suami anda hari ni.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) October 5, 2021
Sumber : Dr Redza Zainol