Drama ‘Nur’ Melebarkan Sayap Ke Indonesia | Drama rantaian Nur lakonan utama Amyra Rosli da Syafiq Kyle yang pernah menjadi satu fenomena di negara ini pada tahun 2018 kini telah melebarkan sayapnya ke negara seberang. Siaran ini mula ditayangkan di stesen televisyen (TV) Indonesia, MNCTV bermula pada satu ramadhan iaitu semalam.
Atas kerjasama bersama diantara Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dan MNCTV, rancangan Nur musim pertama dan kedua akan ditayangkan secara serentak dalam semua rangkaian platform MNC Media di Indonesia sepanjang ramadhan kali ini.
Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, STMB dan MNCTV teruja dengan kolaborasi itu mengambil kira populariti drama Nur dan jumlah tontonan dicapai. Mereka juga gembira kerana dapat memainkan peranan penting dan dapat memperluaskan drama itu ke luar negara.
Menurut Pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari, pihaknya berpendapat bahawa drama rantaian Nur sangat menarik, menghiburkan dan hasil produksi hebat. Itu merupakan faktor utama mengapa mereka memilih rancangan itu untuk ditambah ke dalam siaran rancangan mereka.
Mereka juga menganggap rancangan ini berbeza dengan program biasa yang sering disiarkan di MNCTV. Mereka juga yakin drama hebat ini dapat mengimarahkan lagi suasana ramadhan dalam MNCTV.
Shahrulezad iaitu pengarah drama Nur merasa bangga apabila hasil karyanya dapat merentas ke luar negara. Dia juga teruja kerana drama itu masih diterima oleh penonton di rantau ini dan ini merupakan pertama kali drama Nur melangkaui sempadan dan disiarkan di TV Indonesia. Walaupun drama itu telah empat tahun disiarkan, ia masih menarik minat penonton dan relevan untuk ditonton.
Drama Nur telah mencuri perhatian MNCTV, malah pengarahnya begitu takjub kerana rancangan itu juga disiarkan pada bulan ramadhan. Bagaikan sinonim diantara Nur dan ramadhan kerana setiap kali tibanya bulan yang mulia ini, orang ramai akan mula berceritakan tentang drama ini.
Drama Nur ini mula ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 14 Mei 2018 arahan Shahrulezad Mohameddin. Drama ini pernah meraih rating lebih 10 juta penonton ketika ditayangkan TV3. Turut berlakon Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq dan Eyra Hazali.
Sumber: Berita Harian