Duit Hanya Ada RM 273. Kisah Nenek Beli Telefon Bimbit Untuk Cucu Belajar Buat Ramai Sebak.

| May 19, 2020 | 0 Comments

Duit Hanya Ada RM 273. Kisah Nenek Beli Telefon Bimbit Untuk Cucu Belajar Buat Ramai Sebak. |Tak semua daripada kita yang dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Ada keluarga yang makan sehari sekali, ada juga keluarga yang kadang kala terpaksa berlapar kerana tidak mampu untuk membeli barangan keperluan makanan.

Itu baru makanan, apatah lagi peralatan rumah seperti televisyen, peti ais, komputer, elektrik dan sebagainya. Mereka yang tidak berkemampuan ini pastinya sukar untuk memiliki kesemua peralatan asas tersebut.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, seorang warganet berkongsikan kisah seorang nenek dan cucunya di Thailand yang sedang mencari telefon bimbit.

Menurut perkongsian tersebut, tujuan mereka ingin membeli telefon bimbit adalah untuk memudahkan urusan cucunya bagi menyertai kelas dalam talian. Seperti yang sedia maklum, sesi persekolahan ditangguhkan ekoran wabak pandemik Covid-19. Disebabkan itu, pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran di rumah dan ada yang membuat kelas secara dalam talian.

Lebih memilukan, warga emas itu dikatakan hanya mempunyai duit sekitar 2000 bath iaitu lebih kurang RM273. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak itu, kasih sayang terhadap cucunya jelas dapat dilihat apabila dia sanggup korbankan wang yang dimiliki untuk pembelajaran cucunya.

Kisah tersebut telah menjadi tular di media sosial sehingga meraih 171 ribu perkongsian di laman Facebook. Rata-rata warganet juga turut terkesan dengan nasib mereka berdua ini.

Justeru daripada itu, kita perlulah sentiasa bersyukur kerana diberikan dengan nikmat rezeki yang serba sederhana dan mencukupi. Tidak semua orang di dunia ini yang mampu untuk memiliki apa yang kita miliki sekarang ini.

Sumber : Siakapkeli & Facebook

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *