Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 selama empat hari berakhir Rabu ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), mendapat sambutan menggalakkan.

Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia. 'Ini' Ceritanya..

Tinjauan Bh hari ini mendapati pengunjung yang hadir pada hari ini terdiri daripada lulusan universiti, individu yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19 dan individu yang mahu bertukar kerjaya.

Ketua Jabatan Modal Insan HICOM Diecastings Sdn Bhd, Muhammad Firdaus Zaidi, 40, berkata beliau menyasarkan sebanyak 50 peratus daripada jawatan yang ditawarkan dapat dipenuhi.

Jelasnya, sepanjang tiga hari ekspo ini dijalankan kami berjaya mengisi tiga kekosongan di syarikat kami. Kami mempunyai 50 peratus kekosongan dan 35 jawatan yang ditawarkan.

Katanya, setakat ini 30 peratus kekosongan sudah diisi dan kami yakin di akhir ekspo ini sasaran kami akan tercapai.

Muhammad Firdaus berkata, sebahagian tawaran pekerjaan yang disediakan berkaitan kemahiran dan individu yang terpilih perlu mengikuti proses temuduga.

Beliau berkata, bagi jawatan seperti juruteknik kami mengambil lepasan ijazah kami boleh terus memberi tawaran tetapi pekerjaan yang memerlukan kemahiran seperti jurutera kami akan menghubungi mereka untuk menghadiri sesi seterusnya.

Ujarnya, mereka perlu menunjukkan demonstrasi hasil kerja mereka untuk diterima bekerja. Kami menerima semua lepasan ijazah asalkan mereka mempunyai kelayakan akademik yang berkaitan dengan agensi kami.

Eksekutif Sumber Manusia Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Shaifful Fizal Abdul Majid, 38 berkata, PRASARANA memerlukan ramai calon untuk diambil bekerja.

Beliau berkata, kami memerlukan sebanyak 200 pekerja merangkumi pegawai stesen dan juga pemandu bagi pembukaan Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Dua.

Difahamkan calon berumur 28 tahun dan ke bawah dan mempunyai diploma dalam apa-apa bidang digalakkan untuk memohon.

Sementara itu, pencipta perisian, Linggeswaran Gunasegran, 26 berkata kehadiran beliau di ekspo ini adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan juga pengalaman baharu.

Katanya,  baru sahaja meletak jawatan beberapa hari lalu dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan syarikat ataupun majikan terdahulu tetapi disebabkan ingin menimba pengalaman dan cabaran baharu.

Linggeswaran menyebut, pelbagai reaksi yang positif yang diterima daripada pempamer pada hari ini,dan yakin akan teruskan mencari tawaran yang dianggap berbaloi dan mempunyai kaitan dengan bidang teknologi digital.

Pembantu perubatan klinik swasta, Izzati Aqilah Mat Sariman, berkata beliau mengunjungi pameran itu untuk mencari peluang lebih baik bagi meningkatkan kemahirannya.

Ujarnya, dia telah mengambil cuti hari ini kerana ingin datang ke pameran kerjaya ini. Mungkin ada beberapa reruai yang saya terlepas pandang, saya akan teruskan mencari lagi selepas ini.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply