Elak Bayar Tol. Akhirnya Pemilik Kereta Ini KANTOI. | PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.

Menerusi ciapan Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lelaki tersebut ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat malam tadi.

“Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di plaza tol tersebut, AKLEH.

“Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Prolintas terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menyindir lelaki tersebut mampu membeli kereta baharu, tetapi tidak berkemampuan membayar tol.

“Kereta baharu boleh beli, tapi tak mampu nak bayar tol,” kata seorang pengguna.

“Kalau tol pun ‘sengkek’ nak bayar, baik kau pakai Perodua Axia saja. Tak payah gedik nak pakai kereta besar,” sindir seorang lagi pengguna.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply