Empat Pemancing Terkandas Diselamatkan Maritim Malaysia | Empat pemancing terkandas selama enam jam sebelum diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Pulau Tengah dekat sini pada Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan setelah Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Selangor telah menerima aduan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.
Menurut beliau, keempat mangsa dikenali sebagai Arfan Rafiq Asfian, 18, Asfian Abu Bakar, 44, Zamri Che Ani, 45, dan Ahmad Ali, 66.
“Aduan diterima sekitar jam 9.45 malam berkaitan sebuah bot pancing yang rosak dan terkandas yang dinaiki empat pemancing di kedudukan 1.6 batu nautika selatan Pulau Tengah.
“Sejurus menerima maklumat, bot Perkasa 36 yang sedang dalam rondaan operasi telah diatur gerak ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, keempat-empat mangsa ditemukan memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan dan dibawa ke jeti Polis Marin, Pulau Indah.
“Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan manakala bot pemancing terpaksa ditinggalkan di lokasi dalam keadaan bersauh kerana mengalami kebocoran.
“Operasi menyelamat kemudian ditamatkan kira-kira jam 1.35 pagi,” katanya.
Dalam pada itu, Siva Kumar berkata berkata, pihaknya menyarankan agar peminat sukan memancing meningkatkan tahap kesedaran keselamatan yang tinggi dan mengambil langkah yang bijak dengan memakai jaket keselamatan.
“Komuniti pemancing juga diingatkan agar menyimpan nombor talian kecemasan 999 dan adalah lebih baik untuk memiliki peranti kecemasan peribadi ‘personal locator beacon’.
“Alat ini boleh membantu pasukan penyelamat bagi mengesan kedudukan pemilik peranti bagi tujuan menyelamat di saat kecemasan,” katanya.
SUMBER: AWANI
BACA JUGA ARTIKEL LAIN
Mayat Terapung Di Tasik Syaki Dibvnuh
Polis mengklasifikasikan penemuan mayat lelaki yang terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata polis menerima laporan pada 10.15 malam daripada seorang individu memaklumkan melihat satu mayat terapung di kawasan berkenaan.
Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang bersama pasukan forensik hadir di tempat kejadian yang merupakan sebuah kawasan bekas tasik dan menemui mayat lelaki terapung.
Katanya, sepasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya dipanggil bagi membantu mengangkat mayat ke tebing tasik.
Wan Kamarul berkata, hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah melalui pemeriksaan dan mengesan lima tetakan di kepala dan pergelangan tangan kiri mangsa yang hampir putus.
Menurutnya, saksi menyatakan kira-kira 8 malam dia melihat hadapan sebuah kereta berada dalam tasik berkenaan.
Katanya, saksi pergi memeriksa kenderaan itu dan mendapati satu objek menyerupai manusia dalam keadaan terapung berpakaian lengkap berada di dalam tasik itu pada jarak kira-kira tiga meter.
Beliau berkata bahawa pemeriksaan di sekitar kawasan tanah lapang seluas lima ekar di kawasan itu menjumpai sebuah kenderaan jenis Hilux berwarna hitam terjunam ke dalam tasik.
Wan Kamarul berkata, kawasan tasik itu juga tidak berpagar dan boleh dimasuki secara bebas dan merupakan tumpuan pemancing.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Sumber: KMN