Caj bayaran baharu atau denda perlu dikenakan terhadap pemaju yang gagal membina Rumah SelangorKu, walaupun projek berkenaan sudah mendapat kelulusan.

Gagal Bina Rumah Selangorku. 'Ini' Hukuman Kepada Pemaju

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail, berkata terdapat keperluan menguatkuasakan undang-undang berkenaan, demi membantu penduduk negeri ini memiliki kediaman masing-masing.

Jelasnya, ada pemaju dapat kelulusan tapi masih tak bina. Ini memberi kesan kepada bekalan rumah. Jadi, mungkin kita perlu kenakan caj baharu kepada mereka.

Beliau berkata, rasa sudah sampai masa untuk kerajaan negeri meletakkan syarat baharu kerana ada projek rumah yang sudah dapat kelulusan tetapi 10, 20 tahun masih tidak bina. Justeru, perlu dikenakan caj untuk mempercepat pelaksanaan.

Share.

Leave A Reply