Gambar Bapa Dan Bayinya Ini Menjadi Tular. Kisah Disebalik Gambar Ini Buat Ramai Terharu.. Allahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ibu bapa memikul tanggungjawab yang berat terutamanya demi menjamin kelangsungan hidup anak-anak. Bagi memastikan keluarga hidup dalam keadaan selesa, setiap ibu bapa perlu berkorban masa dan juga tenaga dalam mencari rezeki yang halal.
Seperti yang kita sedia maklum, saban tahun kos pembiayaian anak-anak semakin meningkat. Keperluan asas, persekolahan dan juga kehendak lain yang perlu ditunaikan pasti memakan belanja yang tinggi.
Bagi ibu bapa yang berada atau mempunyai sumber pendapatan kukuh, hal ini pasti tidak menjadi masalah yang besar. Namun bagi mereka yang kurang berkemampuan, kadangkala mereka terpaksa membawa anak yang masih kecil ke sana sini sambil bekerja.
Inilah yang dilakukan oleh seorang bapa mithali. Lelaki ini dikatakan menjadi buah mulut para netizen selepas beberapa gambarnya sedang mengendong bayi di belakang sambil mengangkut guni berat menjadi tular…
Lelaki yang nama dan wajahnya tidak didedahkan itu kelihatan bekerja dengan bersungguh-sungguh meskipun perlu menampung beban yang tinggi. Sudahlah dia mengendong anaknya di belakang, pada masa yang sama dia perlu memunggah guni-guni seberat 50kg dari satu tempat ke tempat yang lain.
Benar, mendedahkan anak-anak dengan suasana yang selesa dan selamat merupakan salah satu elemen penting bagi memastikan mereka membesar dengan baik. Namun, bagi ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar anak masing-masing ke pusat penjagaan kanak-kanak, mereka terpaksa membawa anak ke tempat kerja.
Apa yang penting adalah mereka dapat mencari nafkah sambil menjaga anak. Itulah keutamaan yang paling besar buat bapa ini.
Penularan gambar ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mengkritik tindakan bapa itu dan ada juga yang memberikan sokongan moral.
Tidak kiralah apa pun sebabnya, kita yakin lelaki ini sedang menghadapi situasi kehidupan yang kurang memberangsangkan sehingga terpaksa membawa anak bekerja bersama-sama.
Kredit : Era Baru
1 Comment
Sstgh org hanya mampu m’kritik .
Hakikat kpd c pemikul , hanya dia shj yg merasai .