Isteri Meninggal Dunia. Ini Pengorbanan Cikgu Din Yg Buat Ramai RESPEK. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : TUMPAT: “Dalam tempoh beberapa hari sebelum isteri pergi. Dia memberitahu saya sudah reda jika dijemput Ilahi dalam masa terdekat asalkan saya ada di sisinya,”. Kata Mohammad Izzudin Izhar atau dikenali sebagai Cikgu Din.

Cikgu din

BERADA DISAMPING ARWAH

Mohammad Izzudin 34, berkata dia berada di samping isterinya Nur Atiqah My Yusoff, 30. Ketika menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam tadi. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, dekat sini.

“Alhamdulillah, isteri pergi dengan cara elok. Walaupun keadaannya agak tersiksa menahan sakit tapi ketika menghembuskan nafas terakhir, wajahnya sangat tenang dan bercahaya.

“Dia isteri yang baik dan sangat taat. Saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya menjaganya sehingga nafas terakhir malah sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,”. Katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman SBJ Putra, Pasir Pekan, hari ini.

CIkgu din

Mohammad Izzudin berkata. Isterinya yang baru saja menghabiskan rawatan kimoterapi 10 kitaran. Dimasukkan ke hospital pada 9 November lalu berikutan tulang paha patah serta keadaan kesihatan semakin kritikal.

TIDAK PERNAH GAGAL MENJAGA ARWAH ISTERI

Menurutnya lagi, sepanjang ditempatkan sementara di sebuah sekolah rendah di sini. Dia tidak pernah gagal ke HRPZ II untuk menjaga isterinya setiap hari.

“Saya usahakan setiap hari untuk ke hospital. Kerana selagi tidak nampak wajah saya, isteri akan bertanyakan ahli keluarga di mana saya.

“Alhamdulillah, bermula hari pertama dimasukkan ke wad sehingga hayat terakhir isteri. Saya setia di sisinya kerana amanahnya adalah untuk pergi dalam keadaan saya berada di sampingnya,” katanya.

 

Solat jenazah Allahyarham Nur Atiqah diadakan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, di sini jam 11 pagi tadi.

Tular di media sosial sebelum ini mengenai kisah guru itu yang diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser rawan tulang dan beliau yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak terpaksa berulang alik dua minggu sekali pulang ke Kelantan untuk menguruskan Nur Atiqah.

Cikgu Din dikatakan sudah memohon pertukaran di Semenanjung namun permohonan itu ditolak sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) memberinya cuti untuk berada bersama isterinya.

Berhubung penempatan kerjanya selepas ini, Mohammad Izzudin menyerahkan kepada KPM sama ada kekal di sekolah rendah di sini atau kembali ke Sarawak.

“Saya tidak mahu memikirkan lagi perkara itu sebaliknya mengambil masa untuk merawat emosi selain menumpukan perhatian kepada anak tunggal kami, Mohammad Izz Aydan, 4,” katanya.

BERITA TERDAHULU

Isteri kepada seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp.

“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi. Saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” kongsi Cikgu Din ringkas.

Cikgu din

Isteri Cikgu Din, iaitu Nur Atiqah My Yusoff, 30. Yang menghidap kanser tulang rawan tahap empat menghembuskan nafas terakhir jam 9 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Pada Oktober lalu. Menerusi perkongsian warganet di Facebook. Cikgu Din dibelenggu resah dan harapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Guru yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak itu juga dilaporkan sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isteri, dan membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isteri semakin memburuk.

Justeru KPM mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan dan bersetuju untuk menempatkan Cikgu Din di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.

MENTERI PENDIDIKAN UCAP TAKZIAH

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Dalam kiriman di Facebook berkata beliau menerima perkhabaran duka perihal pemergian ke Rahmatullah Allahyarhamah Nur Atiqah binti My Yusoff, isteri kepada Cikgu Mohammad Izzuddin Izhar (Cikgu Din) dari SJK(C) Ming Wok in Kanowit, Sarawak.

Cikgu din

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Ucapan takziah dan turut berduka cita kami sampaikan buat kaum keluarga Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

 

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply