Peniaga Teh Dihina Di Khalayak Ramai Oleh Pendakwah Selebriti. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :  Tular di media sosial satu klip rakaman yang memaparkan seorang pendakwah selebriti berpengaruh di Indonesia. Didakwa menghina seorang peniaga air teh jalanan di hadapan khalayak ramai dalam sebuah majlis.

peniaga teh

Pendakwah asal Yogyakarta itu pada awalnya. Bertanya kepada penjual itu yang berada di majlis terbabit mengenai jumlah air teh yang masih belum terjual sebelum secara tiba-tiba melontarkan gurauan kasar.

“Air teh kamu masih banyak? Ya, pergi jual di sana g*blok” 

“Air teh kamu masih banyak tak? Masih?.  Ya, pergi jual di sana g*blok,” kata pendakwah selebriti itu sebelum jemaah yang turut berada di atas pentas ketawa bersama-sama.

Difahamkan, segelintir individu yang berada di atas pentas bersama pendakwah selebriti itu merupakan golongan agamawan termasuk Habib Zaidan turut ketawa .

“Kamu jual dulu, kalau belum laku, ya sudah itu takdir,” kata pendakwah selebriti lagi di atas pentas sebelum disambut dengan gelak tawa orang ramai yang berada di sana.

@inilahcom Seorang penjual Es Teh hanya bisa terdiam ketika diolok-olok oleh seorang Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan. Gus Miftah kembali menjadi sorotan saat mengisi sebuah pengajian Magelang Bersholawat Bersama Gus Miftah Habiburrohman, Gus Yusuf Chudlori dan Habib Zaidan Bin Yahya di Lapangan Drh. Soepardi Kota Mungkid, Kab Magelang, Rabu, (20/11/2024). Pendakwah yang sudah diangkat sebagai Utusan Khusus Presiden itu disorot adabnya setelah dianggap mempermalukan pedagang kecil. Momen tersebut salah satunya diunggah akun Instagram @wkwkmedsos. Pada video @wkwkmedsos, awalnya jamaah yang hadir meminta kepada Gus Miftah untuk memborong barang dagangan pedagang. Salah satunya, dari seorang penjual es teh dan air mineral yang berdiri di antara para jamaah. Gus Miftah kemudian bertanya soal masih banyaknyah jualannya. “Es tehmu sih akeh (masih banyak) nggak? ya sana jual gob*lok! Jual dulu, nanti kalau belum laku ya udah, takdir,” ujar Gus Miftah sambil tertawa terbahak-bahak, menertawakan penjual yang tetap berdiri di antara pada jemaah. Sontak kata “gob*lok” dari Gus Miftah itu pun membuat seorang Bapak penjual es terdiam membeku. Adab Gus Miftah pada penjual es teh ini pun mengundang berbagai respons dari warganet dan trending di X. #inilahcom #GusMiftah #EsTeh #Magelang #TitikTengah #TitikCerah ♬ suara asli – Inilah.com

PAKCIK PENJUAL TEH TERDIAM DENGAN WAJAH SEBAK

Apa yang memilukan, jelas kelihatan reaksi wajah peniaga air teh itu seakan menahan malu setelah mendengar kata-kata pendakwah selebriti itu.

Malah, lelaki itu juga hanya terdiam dan berdiri kaku seolah-olah buntu sama ada perkara itu adalah gurauan atau satu bentuk penghinaan kepada dirinya.

Dia kemudiannya memberikan satu senyuman pahit yang membuatkan orang ramai yang menonton video tular itu berasa simpati.

 

TINDAKAN PENDAKWAH SELEBRITI CETUS KEMARAHAN

Penularan video tersebut sekali gus mencetuskan kemarahan ramai rakyat Indonesia yang menyifatkan gurauan itu sebagai satu hinaan yang sangat biadap.

Mereka turut menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan dan tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu terjadi kepada ahli keluarga mereka.

Mereka turut mempersoal bagaimana tergamaknya individu lain yang berada di atas pentas turut ketawa bersama-sama mendengar gurauan Gus Miftah yang disifatkan sebagai langsung tidak kelakar.

 

TAMPIL MOHON MAAF

Pendakwah yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan ucapan kesat dan hinaan kepada seorang peniaga teh tampil memohon maaf.

Pendakwaah yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman. Menjelaskan bahawa beliau hanya mahu ‘bergurau’ ketika mengungkapkan perkataan itu kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.

“Saya Maulana Habiburrahman mahu menjelaskan tentang video yang tular hari ini. Yang pertama dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya,”. Katanya menerusi satu hantaran pada Rabu.

Sebelum itu tular sebuah klip video berhubung dakwaan cercaan berkenaan.

Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah. Dalam klip itu kelihatan menghina peniaga teh yang kebetulan menjual air minumannya itu semasa pendakwah berkenaan berada di sebuah pentas dalam satu program.

Klip itu menerima pelbagai reaksi daripada warga Indonesia yang ternyata turut tersinggung dengan cercaan tersebut.

Sementara itu, peniaga teh itu kini mendapat pelbagai ‘rezeki’ di mana ada tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu menaja dia untuk menunaikan umrah. -Agensi

@ustadzfakhrurraziBismillah, Hadiah Umrah Awal Ramadhan untuk Bapak Penjual Es Teh. Bagi teman-teman yang mengetahui nomor kontak bapaknya in sya Allah kami akan umrahkan beliau di Umrah Akbar kami Awal Ramdahan. In sya Allah saya yang bimbing langsung. Mohon di info ke nomor admin @amanahkhidmahtravel +62 817 821111 untuk bisa mengetahui nomornya. In sya Allah umrah dibulan Ramadhan pahalanya setara dengan berhaji bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Silahkan Share.♬ suara asli – Ustadzfakhrurrazianshar

Share.

Leave A Reply