Gambar Lelaki Sedang Kutip Beras Ini Buat Ramai Sayu. Allahu.

| April 22, 2020 | 0 Comments

Gambar Lelaki Sedang Kutip Beras Ini Buat Ramai Sayu. Allahu.| Jika anda masih mempunyai bumbung di atas kepala, makanan di atas meja, baju membaluti tubuh, anda lebih bernasib baik berbanding jutaan penduduk di seluruh dunia yang kebuluran dan tidak mempunyai tempat tinggal.

Kata-kata ini mengingatkan kita agar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP), David Beasley, seramai lebih 265 juta penduduk dunia dijangka mengalami kebuluran menjelang akhir 2020.

Bagi mereka yang pernah melalui situasi sukar kekurangan makanan, pasti merasai betapa peritnya keadaan itu dan menghargai setiap butiran gandum mahupun beras.

Baru-baru ini di media sosial, tular beberapa keping gambar seorang lelaki yang mengaut beras di atas jalan. Dalam gambar tersebut, lelaki berkenaan mengutip dan memasukkan semula beras yang telah tercemar ke dalam bungkusan plastik.

Gambar itu telah dikongsikan di beberapa buah negara seperti Bangladesh dan Thailand. Namun, lokasi sebenar ia diambil tidak dapat dikenalpasti.

Gambar tersebut telah mengundang rasa simpati orang ramai yang tersentuh dengan kesungguhan beliau mengutip butiran beras di atas jalan.

Bagi orang yang tahu nilainya, takkan tinggalkan walaupun sebutir beras

Ramai yang lebih susah daripada kita, teruskan usaha

Malah ada antara warga maya mengaitkan gambar itu dengan pengorbanan seorang ayah yang ingin membawa pulang makanan buat anaknya.

Apapun kisah sebenar di sebaliknya, ia mengajar kita untuk menghargai setiap nikmat yang dimiliki kerana sentiasa ada orang lain di luar sana yang lebih susah berbanding kita.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *