(Video) Harimau Ini Tertekan Dikurung, Ramai Pelik Lihat Apa Yang Dilakukannya Tanpa Henti

| April 22, 2020 | 0 Comments

(Video) Harimau Ini Tertekan Dikurung, Ramai Pelik Lihat Apa Yang Dilakukannya Tanpa Henti | Menyayat hati, itu yang dapat dilihat dalam satu video yang menyaksikan seekor harimau yang berjalan di dalam bulatan tanpa henti di sebuah zoo di China.

Rakaman yang tular itu memperlihatkan seekor harimau Bengal putih seakan kemurungan dengan berpusing-pusing di dalam sebuah kurungan yang kecil.

Menurut laporan Daily Mail, Zoo Beijing berkata bahawa harimau itu telah diberikan ‘kaunseling psikologi’ selepas penjaga menyedari mengenai tingkah laku aneh haiwan itu pada hujung Mac yang lalu.

Gambar:Daily Mail

Lebih daripada 10 juta orang telah menyaksikan video itu. Warganet dan pencinta haiwan di China juga telah menyatakan kerisauan mereka terhadap keadaan kesihatan harimau itu.

Gambar: Daily Mail

Sedar akan hal itu, Zoo Beijing memberi respon pada Ahad lalu dan berkata bahawa video itu bukan video terbaru dan harimau itu telah dikeluarkan dari kurungan tersebut pada hujung Mac yang lalu selepas penjaga zoo menyedari tingkah laku anehnya.

“Tingkah laku yang sebegini sememangnya dijangka selepas haiwan-haiwan tinggal dalam tempoh yang lama di zoo,” kata seorang staff.

Sumber: Daily Mail Via Siakapkeli

Tags: , , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *