Gara-gara Bakar Hutan Hingga Musnah, 24 Individu Bakal Berdepan Hukuman Mati | Mahkamah di Syiria dilaporkan telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 24 individu selepas mereka didapati melakukan keganasan kerana membakar hutan tahun lalu hingga menyebakan 3 orang terkorban dan beribu-ribu hektar hutan liar musnah.
Menerusi laporan CNN, kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan menjalani hukuman tersebut pada Rabu, baru-baru ini.
Berikutan itu, 11 lagi individu yang turut terlibat menerima hukuman penjara seumur hidup, 4 orang diarahkan menjalani hukuman kerja buruh dan 5 orang pesalah bawah umur dikenakan hukuman penjara diantara 10 hingga 12 tahun.
Mereka dilaporkan telah memulakan kebakaran di kawasan itu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 280 kawasan bandar terjejas, 370 buah rumah musnah selain ladang-ladang ternakan dan pertanian turut hangus dijilat api.
Insiden kebakaran itu justeru telah mendapat perhatian Presiden, Bashar Al-Assad yang turut ‘turun padang’ bagi membuat tinjauan di kawasan-kawasan yang terjejas. Malah, bandar yang menjadi tempat kelahirannya, Qardaha menjadi antara bandar yang paling terjejas akibat kebakaran terbabit.
Menurut rekod kes, kesemua tertuduh merancang memulakan kebakaran tersebut pada penghujung Ogos 2020 dan secara berterusan melaksanakan jenayah itu memasuki September hingga Oktober, lapor CNN.
Mengikut penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan, hukuman mati boleh dikenakan bagi kesalahan pengkhianatan, pengintipan, pembunuhan dan memulakan kebakaran.
Sumber: CNN News