Melancong sememangnya dapat memberi peluang untuk mengembara ke tempat-tempat menarik, bahkan dapat juga memberikan pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan.
Lumrah kehidupan, bukan semua kenangan yang tercipta itu manis setiap masa.
Sebagai orang luar, pasti ada waktu tertentu apabila berdepan cabaran yang tidak diduga.
Itulah yang terpaksa diharungi oleh seorang pengembara dari Hong Kong ketika berada di Malaysia baru-baru ini.
Semasa menginap di sebuah hotel, bilik Elliott Yip ‘diserbu’ pekerja hotel apabila najisnya yang terlalu besar dan tidak dapat disingkirkan melalui lubang tandas.
Disebabkan insiden itu, teman wanitanya turut menanggung malu sambil menutup hidungnya ketika aktiviti penyelenggaraan berjalan.
Bahkan, petugas tambahan terpaksa dipanggil, sebelum ‘ia’ dapat dikeluarkan ke dalam sebuah baldi yang lain.
Setakat ini, klip video berdurasi 21 saat itu telah meraih lebih 1.5 juta tontonan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah dari Malaysia terhibur dengan pengalaman yang dilalui lelaki itu.
Mereka bertanya juadah apa yang dia makan sebelum insiden itu berlaku.
Malah, mereka berseloroh turut menanggung malu jika berada di tempat teman wanitanya.
Sumber: Kisah Dunia