Gelembung Pelancongan: Genting Higland Dan Pulau Tioman Bakal Ditangguhkan | Selepas Langkawi dibuka bagi tujuan pelancongan secara gelembung, dikhabarkan beberapa tempat juga bakal dibuka pada 1 Oktober ini. Namun dilaporkan pembukaan beberapa lokasi percutian yang sering dikunjungi ramai seperti Pulau Tioman serta Genting Highland dikhabarkan akan ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. 

Gelembung Pelancongan: Genting Higland Dan Pulau Tioman Bakal Ditangguhkan

Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Tambahnya lagi, dilaporkan hanya penduduk Pahang dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan. Bagi pelancong luar yang sudah menerima dua dos vaksin lengkap perlu menghubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut iaitu sama ada ditangguhkan atau sebaliknya.

Sebelumnya, media melaporkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan selepas Pulau Langkawi, Kedah, tiga lagi destinasi akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Berkenaan pelaksanaan SOP di Pulau Tioman, Kamaruddin menyatakan bahawa antara SOP yang dikenakan ialah pengunjung mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 masing-masing sebelum menaiki feri.

Menurutnya, sekiranya pengunjung membuat saringan kendiri mereka boleh membeli kit ujian kendiri di jeti atau di tempat lain, namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti. Manakala bagi pengunjung yang sudah melakukan ujian di klinik, perlu membawa surat ujian untuk diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply