Apa Itu GERAN MARA DIGITALBIZ?
Geran MARA Digital Biz ialah sebuah geran yang diberikan oleh pihak MARA kepada para usahawan yang mahu meningkatkan perniagaan mereka melalui pemasaran digital sekaligus mampu untuk meningkatkan jualan.
JUMLAH YANG DIBERIKAN
Jumlah yang diberikan oleh pihak MARA kepada usahawan boleh mencecah sehingga RM20,000.00. Usahawan hanya perlu membayar 10% dari jumlah dana yang diberikan sebagai komitmen kepada MARA manakala bakinya akan ditanggung oleh MARA.
SERVIS YANG DIBERI
Bagi dana geran MARA Digital Biz ini, servis yang diberikan kepada usahawan adalah servis yang melibatkan pemasaran digital seperti :
- Laman Web Korporat
- Laman Web E-Commerce
- Penulisan Konten Artikel SEO.
- Platform Sosial Media (TikTok, Facebook, Instagram)
- Influencer Marketing
SYARAT-SYARAT MEMOHON GERAN INI
Syarat umum untuk memohon geran ini adalah usahawan perlulah dari kalangan Bumiputera. mempunyai SSM dan Lesen PBT serta penyata bank 3 bulan. Bagi syarikat yang mendaftar sebagai Sdn. Bhd, perlu mempunyai akaun yang beraudit tahun sebelumnya.
CARA MENDAPATKAN GERAN INI
Geran MARA Digital Biz tersedia di semua cawangan MARA Daerah. Jika tuan puan berminat untuk memohon geran ini, boleh dapatkan borang di pejabat MARA berhampiran dan hubungi pemudahcara yang berdaftar dengan MARA bagi mendapat sebutharga bagi servis pemasaran digital.
SERVIS DARI KHALIFAH MEDIA NETWORKS KEPADA USAHAWAN
Selain daripada menjadi konsultan MARA bagi geran MARA DigitalBiz, Khalifah Media Networks juga merupakan pembekal bagi servis pemasaran digital kepada usahawan. Antara servis pemasaran digital yang diberikan adalah penyediaan laman web, konten SEO dan pemasaran digital dalam sosial media (Facebook, Instagram, Tiktok)
- Contoh Laman Web Korporat yang dibina oleh Khalifah Media Networks : Website Chemigro
- Contoh Laman Web E-Commerce yang dibina oleh Khalifah Media Networks : Website beethebook.com
- Konten SEO. Contoh penulisan SEO di laman web Khalifah Media Networks : 13 tempat makan best di kuala lumpur
- Servis di platform Sosial Media (TikTok, Facebook, Instagram)
- Influencer Marketing
- Graphic Design
- Video Production
- Training Digital Marketing
- Green Screen
- Animasi 2D/3D
Akhir sekali, jika anda berminat untuk dapatkan Geran MARA Digitalbiz boleh hubungi Cik Alya di talian INI.