Jika anda melihat jawatan kosong yang anda suka di media sosial atau internet, biasa nya syarikat akan meminta anda menghantar surat atau dokumen tentang diri anda yang dipanggil resume. Dokumen ini secara kebiasaannya perlu dihantar melalui e-mel. Adalah penting untuk e-mel secara profesional untuk menunjukkan kepada syarikat bahawa anda benar benar mahukan pekerjaan itu.
Menghantar emel dengan hanya resume / CV dan tiada mesej adalah tidak sopan atau profesional. Adalah penting untuk menulis mesej untuk menunjukkan bahawa anda serius mahukan jawatan itu. Berikut adalah penulisan emel dalam beberapa perenggan bagi setiap persoalan berikut:-
- Apakah pekerjaan anda sekarang dan di mana anda bekerja?
- Mengapa anda mahu kerja baharu yang ditawarkan?
- Apakah beberapa perkara penting yang telah anda lakukan dalam kerja anda sebelum ini?
- Mengapa anda fikir anda sesuai untuk kerja baharu?
- Apakah nombor telefon anda sekira nya mereka ingin hubungi anda?
Jangan lupa serta kan resume atau CV anda.
Contoh Format Email Mohon Kerja
Subjek : Permohonan Kerja : (Nama Pekerjaan)-(Nama Anda)
Penerima : Emel Penerima
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
Perkara : Memohon Jawatan Sales Officer.
Merujuk perkara di atas, saya Azim merupakan pelajar graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Digital Marketing. Saya ingin memohon kerja yang ditawarkan oleh syarikat Tuan / Puan. Melalui laman carian Google, saya dapati ada jawatan kosong di syarikat Tuan / Puan.
Dengan minat dan hasrat untuk mendapatkan kerja di syarikat Tuan / Puan, saya sanggup untuk bermula dari bawah dan saya akan praktikkan dengan apa yang saya dapat semasa belajar di tempat kerja secara praktikal.
Untuk lebih lanjut, Tuan / Puan boleh hubungi saya melalui telefon di no. tertera [ Masukkan no. telefon anda] atau emel bagi apa apa penjelasan dan maklum balas dari pihak tuan. Di sini saya juga lampir kan resume yang ter kandung maklumat diri saya. Saya berharap saya akan disenarai pendek untuk ditemuduga.
Kerjasama serta jasa baik pihak tuan / puan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Kepilkan bersama dengan resume dan cover letter sebelum menghantar ke penerima.
Lain – lain artikel yang menarik dari kami :
Contoh Cover Letter Untuk Memohon Kerja
Contoh Resume Untuk Permohonan Internship