Giliran Siti Nurhaliza Dikecam Netizen, Didakwa Tidak Patuh SOP Ketika Majlis Tahnik Anak | Warganet dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa marah mereka terhadap sesetengah golongan artis yang dilihat seperti tidak mempunyai sensitiviti kerana sering melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Giliran Siti Nurhaliza Dikecam Netizen, Didakwa Tidak Patuh SOP Ketika Majlis Tahnik Anak

Kali ini, giliran penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula dikecam netizen selepas tular di media sosial apabila dia dilihat mengadakan majlis taknik anaknya dan menjemput beberapa ‘agamawan’ yang diberi surat rentasan negeri bagi menghadiri acara terbabit seperti Zulkifli dan penceramah terkenal tanah air, Azhar Idrus yang dikatakan menetap di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Salah seorang pengguna Facebook mempersoalkan kelebihan majlis taknik yang diadakan sehingga membenarkan beberapa agamawan untuk menghadiri majlis tersebut selepas permohonan sesetengah netizen atas urusan penting keluarga tidak dibenarkan. Pengguna facebook tersebut turut menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya selepas permohonan merentas negeri bapanya yang ingin melawat cucu tidak dibenarkan oleh pihak polis.

Menurut corehan hati pengguna Facebook tersebut, alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah kerana bayi adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19. Selepas melihat gambar yang tular itu, dia turut mempersoalkan tentang golongan-golongan agamawan yang hadir ke majlis taknik tersebut tidak tergolong dalam ‘risiko tinggi’ sebagaimana orang awam yang lain.

Netizen turut memberi cadangan supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengeluarkan saman kepada Siti Nurhaliza serta keluarga kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan selepas terdahulu beberapa majlis turut diadakan oleh warga selebriti serta golongan T20 namun tiada tindakan susulan telah diambil bagi memberi kompaun kepada mereka.

Turut hadir dalam majlis tahnik tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply