PUTRAJAYA: Mulai esok, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150.

e tunai

 

Selain itu, pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan turut memperoleh insentif ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai.

Insentif tersebut boleh diperolehi melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

MOF berkata, ini adalah langkah yang diambil di bawah Belanjawan 2022, di mana kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula.

Selain daripada RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut juga akan memberi insentif tambahan.

Insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata terkumpul atau ‘coins’ sepanjang tempoh program ini.

Program ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat ini.

MOF berkata, program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir tahun 2002-2004).

Selain itu, katanya, ia akan turut diberikan kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar.

“Data belia akan disemak silang dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan,” katanya.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula esok sehingga 1 Jun 2022.

Manakala, kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Program ePemula dijangka memanfaatkan sehingga dua juta belia.

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html.

Bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply