Strategi Dalam Promosi Produk | KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Dalam pemasaran, ada dua cara utama untuk menjual produk: hard selling dan soft selling. Kedua-duanya ada manfaat dan mudarat, dan pilihan bergantung pada jenis produk, sasaran klien, dan tujuan kempen. Memahami beza antara dua elemen itu boleh bantu syarikat membuat hasil yang tepat dalam promosi produk.

Hard selling

Hard selling adalah kaedah yang terus dan agresif. Ia bertujuan untuk mendorong klien membeli produk dengan cepat. Iklan hard selling sering gunakan arahan yang kuat seperti “Beli sekarang” atau “Dapatkan diskaun hari ini.” Tawaran ini sering disertai dengan diskaun besar atau hadiah percuma. Kelebihan utama hard selling adalah ia dapat memberi hasil cepat dan mendorong keputusan pembelian segera. Namun, mudarat pendekatan ini ialah ia boleh rasa memaksa dan mungkin tidak membantu dalam membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Soft selling

Sebaliknya, soft selling adalah cara yang lebih lembut dan fokus pada membina hubungan dengan pelanggan. Dalam kaedah ini, syarikat tidak memaksa klien membeli tetapi memberi maklumat yang berguna dan menarik. Iklan soft selling adalah seperti cerita, ulasan klien, atau elemenĀ  yang mendidik. Contohnya, sebuah syarikat mungkin berkongsi video yang menunjukkan cara produk mereka dapat solusi kepada masalah. Kelebihan utama soft selling adalah ia boleh bantu membina relasi yang kukuh dan nila percaya dengan klien. Selain itu, hasil ini mungkin perlu masa lebih lama untuk dicapai berbanding dengan hard selling.

Syarikat digital marketing yang menggunakan hard and soft selling

Khalifah Media Networks menggunakan dua teknik ini dalam akaun media sosial mereka dengan bijak. Hard selling mereka beri tawaran hebat dan diskaun dengan jelas, seperti “Beli sekarang” atau “Dapatkan tawaran hari ini,” yang menarik tumpuan segera dari pengikut mereka. Sementara itu, mereka juga menggunakan soft selling dengan kongsi elemen berguna, cerita inspirasi, dan ulasan klien. Ini boleh bantu membina relasi lebih dalam dan nilai percaya dengan audiens mereka. Oleh itu, dua cara ini boleh bantu mereka capai jualan cepat dan membina nilai setia klien jangka panjang.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, memilih antara hard selling dan soft selling bergantung pada tujuan pemasaran, jenis produk, dan profil klien. Banyak syarikat, seperti Khalifah Media Networks, menggunakan dua cara ini untuk menarik tumpuan awal dan membina relasi yang kukuh. Menggunakan kedua-dua cara ini dengan bijak boleh bantu syarikat capai kejayaan lebih besar dalam promosi produk mereka.

Tekan LINK ini untuk kami bantu!

Share.

Leave A Reply