Hero Cilik. Apa Yg Adik Ini Sedang Lakukan Buat Ramai Orang Respek. | Sukar untuk gambarkan hati seseorang yang bergelar pencinta kucing. Mereka kebiasannya akan sayangkan kucing mereka dengan sepenuh hati. Haiwan itu juga mempunyai personaliti dan karektornya yang tersendiri.
Bermulalah dari sekecil tapak tangan sehinggalah membesar dengan jayanya, seekor kucing dapat memberikan kita pelbagai sebab untuk menyayangi dan mengaguminya.
Iklan
Namun, bukan semua yang suka pada kucing itu benar-benar layak boleh bergelar pencinta kucing kerana perasan itu lahir secara semula jadi dan bukan dibuat-buat.
Buktinya, baru-baru ini tular di Twitter apabila tersebar beberapa keping foto seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun dilihat gigih turun ke dalam sebuah longkang gara-gara ingin menyelamatkan seekor anak kucing.
Ya! Tu baru layak bergelar pencinta kucing! Respek habislah dik!
Kisah kanak-kanak itu pastinya membuatkan warganet kagum dengan kesungguhan beliau menyelamatkan anak si bulus tersebut.
Ibu saudara kepada kanak-kanak yang kini dikenali sebagai Rayyan Afif itu juga baru-baru ini turut memuat naik ciapan di Twitternya yang dikenali sebagai @emmanissss dan mendakwa anak saudaranya itu memang bersifat sangat sayangkan kucing.
“Ni anak buah saya. Nama dia Rayyan Afif. Tahun lepas tular di Facebook, tahun ni Twitter pula.
“Rayyan memang pencinta kucing, pantang nampak kucing terbiar dekat tepi jalan dia mesti amil bawa balik rumah,” ciapnya ringkas di Twitter dengan menuat naik sekeping foto Rayyan ketika menyambut ulang tahun kelahiran.
I don’t know who you are but respect, you deserve my respect pic.twitter.com/iAU3Spm8BE
— amirulicious⁷ (@amirulicio) March 7, 2021
Baik sungguh hati adik Rayyan bukan? Semoga apa yang dilakukan oleh adik Rayyan mampu dijadikan sebagai contoh yang baik buat kita semua.
Sumber : SP