Bengang Kena Marah, Empat Pelajar Didakwa Tembak Guru Selepas Waktu Persekolahan

| March 7, 2021 | 0 Comments

Bengang Kena Marah, Empat Pelajar Didakwa Tembak Guru Selepas Waktu Persekolahan | Seorang pelajar bersama tiga rakannya di India  telah didakwa kerana menembak guru mereka selepas waktu persekolahan pada Sabtu lepas.

Bengang Kena Marah, Empat Pelajar Didakwa Tembak Guru Selepas Waktu Persekolahan

Dipercayai punca mereka bersepakat menembak guru tersebut adalah kerana ‘bengang’ selepas dimarahi akibat berkelakuan buruk dengan pelajar lain semasa di kelas.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.30 petang yang berhampiran dengan sebuah skolah swasta di Saraswati Vihar. Mangsa Sachin Tyagi yang merupakan seorang guru perdagangan, telah ditembak ketika sedang menaiki motosikal semasa pulang dari sekolah.

Pelajar tersebut menyimpan dendam dan merancang bersama tiga rakannya untuk membalas dendam terhadap guru tersebut.

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri namun beliau mengalami kecederaan luka-luka akibat ditembak.

Keempat-empat pelajar dikenal pasti denan bantuan CCTV yang dipasang kawasan berhampiran, lapor polis Iraj Raja.

Polis telah memanggil ahli keluarga pelajar untuk disoal siasat. Telefon bimbit mereka juga telah disita untuk siasatan lebih lanjut.

Sumber : Times Now News

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *