TERKINI. Permohonan Baharu iSinar KWSP Dibuka Esok | Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun yang belum pernah memohon kemudahan i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu bermula esok melalui i-Sinar Online.

PERMOHONAN BAHARU iSINAR

isinar kwsp

Kuala Lumpur: KWSP dalam pemberitahuan di laman sosial berkata, pihaknya juga mengemaskini dan memberitahu maklumat terkini berkenaan kemudahan itu dari semasa ke semasa.

Dilaporkan, permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat selepas penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat, dengan bayaran bermula Selasa lalu.

Jumlah pengeluaran pula tertakluk baki simpanan, manakala jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah kerajaan memansuhkan kriteria kemudahan i-Sinar bulan lalu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat.

Menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply