Hina Anak Dan Dituduh ‘G4y’, Ini Respon Dr Say | Doktor selebriti, Dr Say Shazril meluahkan rasa terkilan dengan komen melampau oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa dia telah menghabiskan wang ringgit demi membuktikan dirinya adalah seorang lelaki sejati.

Hina Anak Dan Dituduh 'G4y', Ini Respon Dr Say

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Say di Instagram, dia turut berkongsi tangkap layar daripada komen individu berkenaan.  Lebih teruk lagi apabila individu tersebut turut melabelkan anaknya sebagai OKU akibat daripada perkongsian Dr Say mengenai anaknya, Ace yang mengalami gangguan perkembangan neuro atau autisme.

Hina Anak Dan Dituduh 'G4y', Ini Respon Dr Say

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa bahawa doktor selebriti berkenaan bukanlah lelaki sejati yang minat terhadap perempuan serta mengatakan seolah Dr Say sengaja menghabiskan duit demi menunjukkan dirinya ‘straight’.

Walau bagaimanapun, Dr Say tidak mendiamkan diri dan tampil memberi respon mengenai perkara berkenaan kerana individu tersebut telah melibatkan anaknya. Dalam pada itu, dia juga meminta agar orang ramai membaca artikel yang diterbitkan di platform berita berkenaan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak membuat kesimpulan yang tidak munasabah.

Jangan berani ‘sentuh’ anak saya..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Ujarnya lagi, ibunya telah melarang dirinya untuk menceritakan anaknya, Ace kepada umum kerana bimbang anaknya akan dilayan lain oleh orang ramai. Doktor selebriti ini juga telah merujuk masalah kesihatan anaknya itu ke pakar kanak-kanak serta menegaskan bahawa dia tidak menghabiskan duitnya untuk membuktikan dirinya adalah lelaki sejati.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply