Hospital Swasta Bekerjasama Dengan Hospital Kerajaan Bantu Urus Pesakit Covid-19 | Telah banyak hospital swasta yang bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat yang terlatih secara berperingkat bagi membantu kerajaan menguruskan pesakit Covid-19 di hospital terpilih di Lembah Klang.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljt Singh, berkata bantuan ini berdasarkan kepada keadaan semasa COVID-19 di hospital awam, terutamanya di Lembah Klang yang kini berhadapan kadar kemasukan ke wad yang tinggi dan kekurangan kakitangan.
Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia bagi medapatkan bantuan daripada ahlinya, untuk jururawat, pegawai perubatan dan pakar, untuk bertugas di hospital kerajaan. Mereka juga akan membantu dengan kakitangan perubatan yang lain selepas ini pada peringkat seterusnya.
Tambahnya lagi, walaupun hospital swasta besar juga telah terbabit dengan program vaksinasi COVID-19 seperti IHH Healthcare, KPJ Healthcare, Sunway dan Hospital Ramsay Sime Darby, juga kekurangan kakitangan, hospital swasta bersedia untuk membantu kerajaan dalam menguruskan situasi itu.
Persatuan telah menggesa ahlinya untuk bersedia menerima pesakit bukan COVID-19 yang dirujuk daripada hospital kerajaan, bagi menyediakan kapasiti lebih bagi merawat pesakit COVID-19 di hospital awam.
Mereka juga berharap agar pesakit yang dirujuk itu dihantarkan secara sama rata ke semua hospital swasta, dalam memastikan rawatan dan penjagaan terbaik dapat diberikan kepada pesakit awam dan ia akan dibayar sepenuhnya oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam Ordinan Darurat.
Hospital kerajaan akan terus membantu kerajaan untuk memberikan 12 dos vaksin yan dijangka akan diterima bulan ini dengan 100 hospital swasta pada masa ini sedang membantu memberikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sumber: Berita Harian