Hungary Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Pelitup Muka, Angka Vaksinasi Telah Mencapai 5 Juta | Penduduk di Hungary kini boleh menarik nafas lega susulan mereka kini sedang mempersiapkan untuk mengurangkan sebahagian besar sekatan bagi mengurangkan penularan COVID-19 sejurus selepas angka vaksinasi di negara tersebut dikatakan telah mencapai 5 juta hujung minggu ini.

Hungary Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Pelitup Muka, Angka Vaksinasi Telah Mencapai 5 Juta

Menurut Perdana Menteri Viktor Orban, pengurangan sekatan akan dimulakan dengan orang ramai di negara tersebut tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan perintah berkurung waktu malam juga telah dibatalkan.

Tambahnya lagi, aktiviti perhimpunan juga akan dibenarkan sehingga 500 orang di kawasan terbuka, sementara acara di kawasan tertutup dibenarkan untuk individu yang mempunyai kad vaksinasi selepas keputusan tersebut dibuat kerana mereka telah berjaya menewaskan pandemik gelombang ketiga.

Hungary merupakan satu-satunya negara yang telah meluluskan dan menggunakan vaksin Rusia dan China dalam jumlah yang banyak sebelum ia diberi kelulusan serta diperiksa oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).

Hal ini telah memungkinkan negara tersebut telah mencapai salah satu kadar inokulasi tertinggi di EU dengan 50 peratus daripada penduduknya iaitu kira-kira seramai 10 juta orang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebilangan besar dalam aspek  industri perkhidmatan Hungary dilaporkan sudah beroperasi ia termasuk hotel, restoran, spa, teater, pawagam, gimnasium dan tempat sukan selepas ekonomi negara Hungary dikhabarkan telah menyusut 5 peratus dari tahun lalu.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply