I-Citra: Guna Dana Simpanan Akaun 2 | Dana simpanan dari akaun kedua akan digunakan untuk pengeluaran i-citra daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jika dana di dalam Akaun 2 pemohon tidak mencukupi, pihaknya akan membenarkan mereka untuk menggunakan dana di dalam Akaun 1. Pengumuman mengenai i-Citra adalah satu keputusan yang sukar kerana realitinya, KWSP diberi mandat untuk membantu anggota selepas persaraan.
Namun disebabkan oleh pandemik covid-19, ramai yang diduga dengan dugaan luar biasa. Oleh itu mereka cuba mencari jalan untuk memberi ruang kepada anggota untuk mengakses dana simpanan mereka di waktu mencabar ini.
i-Citra direka dengan mengambil semua dana yang tersedia di dalam Akaun-2 anggota terlebih dulu. Sekiranya akaun 2 tidak mencukupi, barulah dibenarkan untuk menggunakan dana simpanan daripada akaun 1.
Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan i-Citra di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
KWSP cuba mencari keseimbangan di antara membantu anggota dan pada masa sama memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan. Jumlah keseluruhan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari adalah kira-kira RM80 bilion, namun ia tidak menjejaskan kecairan KWSP.
KWSP boleh menguruskannya asalkan ia dirancang dan kemudian boleh disesusaikan dengan portfolio pelaburan KWSP. Kunci utama buat mereka ialah tidak menghilangkan mandat yang diberikan, yang mana di akhirnya apa yang perlu diberi perhatian ialah mengenai isu persaraan anggota.
Jika KWSP membiarkan dana simpanan anggota digunakan sehingga habis, maka ia akan menjadi masalah yang tidak boleh diuruskan. Justeru, KWSP perlu menyeimbangkan langkah yang mahu diambil.
Sumber: Berita Harian