Tular sebuah video lucu di media sosial dipercayai berlaku di Indonesia, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak.
Dek kerana dia mengetahui ikan keli goreng yang dimakannya merupakan ikan peliharaannya yang sudah mati.
Menerusi video tersebut dapat dilihat sebuah pinggan yang berisi nasi dan setengah ekor ikan keli yang dihidangkan kepada kanak-kanak kecil ini.
Difahamkan video tersebut telah dikongsi di laman Instagram @underc0ver.id.
Apa yang mencuri perhatian apabila kanak-kanak ini menangis susulan mendapati lauk yang dimakannya merupakan seekor ikan keli.
Ujar perakam video tersebut, ikan keli miliknya sudah mati sebelum ibunya bertindak menggoreng untuk dijadikan lauk.
Susulan mendengar penjelasan tersebut, kanak-kanak ini menangis dan mahu melihat kubur ikan keli peliharaannya.
Dia sama sekali tidak mahu makan setelah mengetahui perkara sebenar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan memintanya supaya bersabar dengan ‘pemergian’ ikan tersebut.
“Kesiannya.”
“Ikan tu dah selamat dalam perut kamu.”
“Macam mana nanti kehilangan kekasih.”
Itu antara komen-komen warganet yang mencuit hati.
Sumber: Oh Bulan