Misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih menjadi tanda tanya meskipun segala usaha mencari telah dilakukan.

Individu Dakwa Terjumpa Wanita Seperti Zalina Azman Di Kedai Makan

Menerusi satu bebenang perkongsian milik Yuki di laman Twitter, mendakwa dia ada berjumpa seorang wanita seperti Zalina pada Ahad lalu di sebuah restoran.

Ahad hari tu kira-kira 1.00 petang, ada seorang pelanggan perempuan datang kedai, keadaan macam tak sihat tapi boleh bercakap normal.

Ujar individu ini lagi, wanita yang didakwa adalah Zalina itu menggigil seperti ketakuan. Malah ketika hendak memesan makanan, dia dalam keadaan yang mencurigakan serta menoleh kiri dan kanan.

Risau dengan keaadan wanita itu, dia bersama rakan niaganya meminta individu terbabit untuk duduk terlebih dahulu supaya berasa tenang.

Dia tak cakap banyak tapi apa yang keluar dari mulut dia adalah ‘saya takut besi’. Bercakap dalam keadaan takut seperti ada perkara yang berlaku.

Kedai aku banyak besi. Patut masa nak masuk lama dia berdiri depan pintu sebab tombol pintu aku besi. Masa nak keluar kedai dia langgar je pintu sebab tak nak pegang tombol. Nampak macam kelaparan tapi dia terus gerak je sebab dia macam insecure, takut dan rasa terancam.

Kami ikut dia keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia berjalan tanpa arah macam mencari sesuatu dan laju.

Serius tak senang duduk. Berdebar bila ingat balik perempuan tu sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis tu.

Susulan daripada itu, dia terus menghubungi Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk melaporkan perkara tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila pihak polis mengatakan pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan sama semasa dia dilaporkan hilang.

Aku cuma takut ada kaitan. Ini pertama kali aku tengok orang takut besi. Aku risau perempuan ni pernah kena culik ke dera ke sampai trauma dengan besi.

Dia pegang duit macam tu je. Tak ada wallet ke apa. Kasut pun pakai secara kelam kabut sebab tali tak berikat.

Walau bagaimanapun, mereka sudah memaklumkan kepada pihak polis ke mana arah wanita itu pergi tempoh hari dan akan hadir untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. Malah, mereka turut berharap agar polis memeriksa semua kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kedai.

Aku harap kalau yang datang tu Zalina Azman. Semoga dijumpai lah. Dia nampak sangat ketakutan. Kalau bukan diam harap perempuan tu pun selamat.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply