Kalau kita scroll TikTok, pasti dekat fyp kita ada video parodi daripada seorang pemuda berkenaan dengan zaman childhood yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an boleh relate.

Ini Biodata Sebenar Ryan Bakery. Patut Lah!

Tidak dinafikan ia pasti membuatkan ramai penonton terhibur dengan individu yang dikenali sebagai Ryan Bakery ini. Selain itu, idea kreatif dengan menghasilkan video mengimbau memori zaman kanak-kanak membantu Ryan meningkatkan jumlah pengikut di aplikasi TikTok.

Berkongsi penglibatan awalnya itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, dia mencipta kandungan video itu bagi mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya dahulu.

Walaubagaimanapun sebenarnya ada kisah yang tersirat disebalik popularitinya. Sebelum namanya dikenali di TikTok, Ryan sebelum ini bekerja di lapangan terbang, namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik.

@ryanbakery #aviation #groundteamred #cargo #team2 ♬ original sound – ryanbakery – 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Disebabkan itu, Ryan pulang ke kampung halamannya di Manjung, Perak. Dia ada melakukan perniagaan kecil seperti menjual kuih, menjual ikan laga dan dari situ fikirannya dah mula terdetik untuk melakukan video-video parodi.

Rezeki tak salah alamat, dengan video-video yang dia lakukan ini, ia telah menjadi sumber pendapatannya setelah dirinya bergelar influencer kerana mendapat respon positif daripada netizen.

“Content yang saya buat ni sebenarnya berdasarkan perjalanan hidup saya, apa yang saya lalui tu saya jadikan sebagai kandungan, jadi saya pilih ni sebab mungkin ada relate dengan orang dan salah satu childhood memory, saya memilih macam ni sebab bagi saya nak lari daripada sensitif orang lah.”

“Semuanya berdasarkan perjalanan hidup saya, kenangan yang macam budak-budak itu kan, haa itu saya ambil daripada anak-anak buah saya, anak-anak asuhan mak saya, mak saya ni mengasuh anak orang daripada saya kecil lagi, saya ni selalu dengan budak-budak kan jadi saya jadikan diaorang tu dalam content saya.”

Walaubagaimanpun, Ryan tidak menafikan bahawa ada kalanya kekeringan idea, jadi dia ambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi ‘cabang’ kandungannya.

Dengan populariti yang diraih menerusi video ini, sumber pendapatannya kini berdasarkan review dan kini telah dipanggil untuk berlakon filem.

Malah, Ryan juga menjelaskan bahawa dia pernah rasa nak putus asa dengan komen-komen negatif daripada netizen.

“Mula-mula saya baca comment toxic ni boleh down jugak lah. Tapi ayah saya selalu pesan jangan conflictdengan kehidupan. Kawan-kawan pun bagi sokongan.”

“Dekat situ saya jadi kuat sikit. Kalau tak saya pernah rasa putus asa dalam bidang ini. Saya rasa macam tak nak teruskan.”

Sumber : Lobak Merah

Share.

Leave A Reply