Ini Luahan Terkini Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Orang SEBAK. | Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya.

Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyakitkan hati Allahyarham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhan terhadap dirinya.

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah COVID-19 ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung adalah syaitan.

Di akhir posting berkenaan, UEL mengatakan bahawa cukuplah perkara itu sampai sini dan dia meminta agar orang ramai mendoakannya.

Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua.

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer.
Cukuplah sampai sini yer. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya- ebitlew

Share.

Leave A Reply