Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin | Sebuah pusat PPV vaksin di Kuala Lumpur gempar apabila muncul kelibat biru mengambil vaksin. Baca selanjutnya. #vivoCare

Sehingga 23 Julai 2021, Malaysia mecatatkan 15,573 kes baharu Covid-19 hari ini dan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 980,491 kes.

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Bagi pecahan kes setiap negeri pula, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 7,672 kes menjadikan kes keseluruhan di negeri itu mencecah 351,61 kes. Diikuti WP Kuala Lumpur dan Kedah.

Dalam perkembangan lain, sehingga 22 Julai 2021, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memberi 16,024,916 vaksin kepada penerima secara keseluruhan.

Berita baik bagi golongan yang belum mendapat janji temu vaksin, anda boleh menerima suntikan vaskin secara walk-in selepas 1 Ogos. Inisiatif ini akan dilakukan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor dan Kuala Lumpur yang akan ditentukan kelak.

Golongan yang belum mendapat janji temu adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan. Inisiatif ini juga tidak terpakai bagi yang sudah menerima janji temu masing-masing.

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Baru-baru ini, maskot dari vivo Malaysia yang dikenali sebagai Vigo tampil memberi sokongan kepada barisan hadapan dan golongan yang menerima suntikan vaksin di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berada di PPV tersebut berpusu-pusu ingin merakam gambar dengan Vigo sebagai tanda kenangan. Secara tidak langsung, kehadiran Vigo dapat membantu menceriakan suasana ketika suntikan vaksin sedang berlangsung.

Selain itu, Vigo juga turut memberikan pesanan agar orang ramai hendaklah sentiasa menjaga SOP dengan cara memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak antara satu sama lain. Penting untuk kita semua agar dapat menjaga diri sendiri serta melindungi orang yang tersayang.

Berikut merupakan panduan sebelum dan selepas vaksinasi Covid-19 dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY).

Sebelum :

  1. Pastikan anda sihat dan mendapat rehat yang cukup. Jangan hadir ke janji temu vaksinasi sekiranya anda tidak sihat. Janji temu anda boleh dijadual semula.
  2. Makan dan minum secukupnya. Ini akan membantu anda mengatasi kegelisahan dan ketidakselesaan sepanjang proses vaksinasi.
  3. Ambil maklum tentang vaksin dan kesan sampingan. Baca pengalaman mereka yang telah divaksinasi.
  4. Anda boleh menyediakan paracetamol untuk menangani kesan sampingan biasa yang dialami selepas vaksinasi.

Selepas :

  1. Kekal terhidrat dan dapatkan rehat cukup. Jika perlu, ambil cuti 1 atau 2 hari.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas vaksinasi.
  3. Pantau kesihatan anda dan peka terhadap kesan sampingan yang teruk. Dapatkan nasihat pakar perubatan jika anda mengalami masalah lain.

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Ramai Terkejut Bila Vigo Datang Untuk Vaksin

Share.

Leave A Reply