Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Malaysia boleh menghadapi risiko besar seperti Filipina jika perasuah didewakan dan diangkat sebagai pemimpin sedangkan rakyat berhak untuk memilih pemimpin yang bersih dan beramanah.

Ini Nasib Yang Bakal Menimpa Malaysia Jika 'Agungkan' Perasuah

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, pemilihan pemimpin juga akan mencerminkan nilai dan akhlak rakyat Malaysia yang bakal menentukan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Menurutnya, kerana itu Malaysia memerlukan rakyat yang jujur dan mengutamakan nilai untuk mengangkat individu berwibawa,berintegriti sebagai pemimpin.

Ulasnya, kemenangan peperangan kita terhadap rasuah memerlukan strategi holistik dan komprehensif, bermula daripada daya tahan dalaman dan kemampuan menahan gejolak nafsu terhadap material dan kebendaan yang bersifat duniawi semata-mata.

“Kezaliman akibat rasuah meninggalkan legasi yang hina dan keji sedangkan setiap daripada kita manusia tetap akan berakhir dengan kematian seperti mana firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 35 yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Jelasnya lagi, mengelakkan Malaysia menjadi seperti Filipina, Sri Lanka dan empayar lain yang jatuh akibat ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah, pendekatan punitif dan preventif perlu dilaksanakan dengan penglibatan kolektif agensi penguat kuasa sebagai instrumen yang mengekang wabak rasuah tersebut daripada terus berleluasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemenangan besar Ferdinand Marcos Jr dalam Pilihan Raya Presiden Filipina, sekali gus mencatat kemenangan menerusi majoriti sejak revolusi 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator bapanya.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, tumbangnya dinasti Marcos 36 tahun dulu adalah kerana amalan korupsi, nepotisme dan kronisme yang menyebabkan kontroversi politik berlaku dan akhirnya menyumbang kepada ketidakstabilan negara tersebut.

Justeru katanya, rakyat tidak boleh membiarkan kedudukan meruncing Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) bertambah buruk dan menjadi seperti Filipina.

Ujarnya, rakyat bersama-sama berperanan membanteras jenayah rasuah. Tanggungjawab ini bukan kuasa mutlak pihak berwajib semata-mata.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply