Ini Nombor Yg Perlu Dihubungi Jika Kena Scam. Ramai TAK TAHU. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Scam atau penipuan wang semakin menjadi kebiasaan di Malaysia, dengan laporan kes baharu muncul hampir setiap hari. Walaupun pelbagai inisiatif kesedaran seperti iklan, ceramah, dan kempen telah dijalankan, ramai individu masih menjadi mangsa akibat taktik licik penjenayah.
Penjenayah yang melakukan scam semakin bijak merangka strategi untuk memperdaya mangsa dan memanipulasi mereka sehingga menyerahkan wang secara sukarela. Situasi ini menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat yang bimbang menjadi mangsa seterusnya. Malah, ramai mangsa terpaksa menerima kenyataan pahit kehilangan wang tanpa mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya semula.
Namun, dalam menghadapi isu ini, terdapat satu talian penting yang boleh membantu mangsa mendapatkan semula wang yang telah ditipu jika bertindak pantas.
Talian Respon Scam Kebangsaan: 997
Baru-baru ini, seorang peguam, Azri Abdullah, berkongsi maklumat berguna dalam podcast “Apa Citer?”. Menurutnya, mangsa kena scam boleh menghubungi 997, iaitu Talian Respon Scam Kebangsaan, yang diwujudkan sebagai inisiatif bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Bank Negara Malaysia (BNM).
“997 ini sangat berkesan jika dihubungi dalam tempoh 24 jam selepas ditipu. Insya-Allah, pihak berkuasa akan cuba mendapatkan kembali wang yang telah lesap. Syaratnya, laporan mesti dibuat segera dalam tempoh tersebut,” jelas Azri.
Talian ini beroperasi 24 jam dan mampu menjejaki wang yang belum dikeluarkan daripada akaun penjenayah. Jika penjenayah memindahkan wang tersebut ke akaun lain, ia juga boleh dijejak dalam tempoh 24 jam.
Kepentingan Bertindak Segera
Peguam tersebut menekankan bahawa jika wang telah dikeluarkan selepas tempoh 24 jam, peluang untuk mendapatkan semula wang tersebut menjadi sangat tipis. Oleh itu, mangsa perlu segera menghubungi 997 untuk membolehkan tindakan pantas diambil.
@apaciter.podcast Kalau kena tahan polis, ini yang korang kena tahu. #apaciter? #sembangentertainment #sembangacahilmiah #podcastmalaysia @Puisi & Kata @AnwarHaziq @Lawyer Kampung | Azri Abdullah ♬ hip hop beat with bass(1325081) – Beats by METCH
Selain itu, BNM juga mempunyai kuasa untuk membekukan akaun penjenayah jika laporan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah ini dapat mengelakkan wang dipindahkan ke akaun lain dan memastikan ia dapat dikembalikan kepada mangsa.
Statistik Kerugian Akibat Scam
Menurut perkongsian Azri, purata kerugian akibat scam di Malaysia adalah sekitar RM3 juta sehari. Angka ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini, sekaligus menyeru masyarakat untuk lebih berhati-hati.
Kesedaran dan Tindakan Pantas
Dengan wujudnya Talian Respon Scam Kebangsaan, rakyat Malaysia kini mempunyai saluran pantas untuk menangani isu scam. Namun, tanggungjawab untuk berhati-hati dan peka terhadap taktik penipuan juga perlu dipikul bersama.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, jangan berlengah. Hubungi 997 dalam tempoh 24 jam untuk meningkatkan peluang mendapatkan semula wang anda.
Boleh save video ni siap-siap. Lepasni kalau ada yang kena scam call je 997. InshaAllah duit tu boleh dapat balik 🤲🏻 pic.twitter.com/GcRCLy4KJo
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) January 25, 2025
Ramai yang baru tahu boleh hubungi 997
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan mereka baharu mengetahui terdapat nombor khas yang boleh dihubungi jika menjadi mangsa scam.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menghubungi nombor berkenaan sewaktu berdepan dengan masalah sama.
Video : Apa Citer?