Ini Pengumuman Rasmi Daripada Ketua Setiausaha Negara Yang Ramai Ternanti- Nanti. | Ramai rakyat tertunggu-tunggu pengumuman rasmi dari Ketua Setiausaha Negara tentang status Tun Mahathir selepas mengadap YDP Agong Sebentar tadi.

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI DR MAHATHIR BIN
MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah
berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB
Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara
menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan
Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan
menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli
kabinet yang baharu dibentuk.

MOHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara
24 Februari 2020

Sumber : Kelab Che Det

Share.

Leave A Reply