TPM Suruh MB Kedah Taubat Nasuha. Ini Jawapan BALAS DS Sanusi. | Siapa tidak mengenali sosok tubuh Menteri Besar negeri Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang lantang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang ramai pihak kerajaan tidak berpuas hati.

Sanusi

TPM Suruh MB Kedah Taubat Nasuha

Baru-baru ini, Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Menteri Besar Kedah itu perlu melakukan taubat nasuha diatas kenyataan yang mencetuskan kontroversi. Selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu di buat, Datuk Seri Muhammad Sanusi membalas jawapannya dengan memuat naik status di media sosial miliknya dengan berkata :

Saya bersetuju dan berterima kasih di atas nasihat supaya bertaubat nasuha yang sememangnya dianjurkan kepada mana-mana orang yang menyesali dosa yang telah dilakukan.

Saya juga ingin menasihatkan beliau bertaubat nasuha 48 kali dan meninggalkan arena politik tanahair dia atas kerosakan yang dibawa oleh beliau kepada rakyat negara ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 

Terdahulu berita melaporkan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuruh Menteri Besar Kedah melakukan taubat nasuha.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu melakukan taubat nasuha selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memandai-mandai dan menggunakan titah Agong untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan.

ISU KONTROVERSI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, fakta BN dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.

“Saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, tidak semua perkara boleh dijadikan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

“Politik ini bukan bahan lawak. Politik ini bukan bahan untuk bergurau. Fakta adalah fakta,” katanya.

Beliau bagimanapun enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu kerana ia akan menjadi isu mengarut berbahas dengan pihak yang tidak begitu bijaksana mentafsir.

Muhammad Sanusi dilaporkan membuat dakwaan berhubung perkara itu di dalam ceramah Jelajah Selangor pada Selasa lalu.

Selain itu, beliau juga didakwa menghina Sultan Selangor dan meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Kedah Haramkan Judi, ‘Kalau Nak Beli Di P Pinang’-Sanusi. | ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan melarang semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi, dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Kedah Haramkan Judi, ‘Kalau Nak Beli Di P Pinang’-Sanusi.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, aktiviti perjudian telah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun, selain masalah hutang.

TAMAT LESEN JUDI

“Kerajaan tidak akan beri lesen (baharu), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai. Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2022 Kedah.

Beliau berharap semua pihak, termasuk penduduk negeri itu memahami keputusan kerajaan negeri tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

“Kerana bila ada premis, ada aktiviti, bukan saja bukan Islam (yang terlibat), jadi saya harap (keputusan ini) dapat difahami dengan seadil-adilnya.

“Manfaat kepada premis judi tak banyak pun, melainkan hanya tauke saja yang untung, (selain itu) lebih banyak mudarat kepada orang ramai,” katanya.

Jualan alkohol dihadkan

Muhammad Sanusi berkata, mesyuarat Exco minggu lalu turut memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

“Di PBT (pihak berkuasa tempatan) yang tiada permintaan, khususnya di luar bandar, penjualan di premis minuman keras juga akan dihadkan.

“Kita juga telah berbincang dengan kedai bebas cukai di Langkawi dan kedai lain yang tidak mempunyai lesen, tidak lagi menjual arak secara terbuka untuk menjamin akal fikiran rakyat kita agar kekal waras.”

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply