Bayi 10 Bulan Positif Dadah. Ibu Ditahan Polis. | Taiping: Polis menahan seorang wanita selepas bayi perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine and methamphetamine.

dadah

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, penahanan itu dilakukan selepas mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.

“Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana ingin membeli barang.

“Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razman berkata, susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang juga suri rumah dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Difahamkan bayi berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Sumber : HM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

4 Orang Maut Semasa Buat Challenge TikTok Lompat Dari Belakang Bot  Bergerak | Washington: Sekurang-kurangnya empat orang maut di Alabama, Amerika Syarikat, selepas menyertai satu lagi cabaran TikTok yang membawa maut, dengan melompat dari belakang bot sedang bergerak.

Orang Ramai Lompat Tinggi Dari Belakang Bot

Cabaran TikTok membuatkan orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi, dengan menggunakan kaki dahulu.

Ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip.

Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian serta-merta empat mangsa terbabit selepas mereka mengalami patah leher.

“(Dalam) enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

Patah Leher Dan Kematian Serta-Merta

“Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

“Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” katanya kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.

Dennis berkata, Februari lalu seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak, meninggal dunia dalam insiden berhubung perkara serupa.

Terpengaruh Cabaran TikTok

Katanya, ketika kejadian, isteri sedang merakam lelaki itu meluncurkan dirinya dari belakang bot.

WPDE-TV melaporkan, insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu turut membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.

Dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki, lapor agensi itu.

Sumber : HM

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ibu Terdesak Campak Bayi Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran

Ibu Terdesak Campak Bayi Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran | BEIJING – Seorang ibu yang terdesak terpaksa mencampakkan bayinya dari tingkat empat sebuah apartmen ketika terperangkap dalam satu kebakaran, Rabu lalu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Orang ramai pegang cadar sambut bayi

Rakaman video menunjukkan saat-saat dia melemparkan bayi berusia enam minggu itu dari tepi tingkap kepada sekumpulan orang yang berada di tingkat bawah sambil memegang cadar untuk menyambut bayi berkenaan.

Asap tebal turut kelihatan dari tingkap di belakang wanita tersebut yang sebelum itu melemparkan cadar ke bawah kepada kumpulan individu berkenaan.

Dalam video itu juga, wanita tersebut dilihat mencampak bayinya pada jarak sekurang-kurangnya 9.14 meter ke bawah unit apartmennya.

Anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran selepas ia berlaku secara tiba-tiba di Jalan Utara Huancheng.

Bayi dilaporkan selamat

Bayi tersebut dilaporkan selamat dan dibawa ke hospital untuk diperiksa. Dia dikatakan berada dalam keadaan sihat manakala pasukan bomba juga dapat menyelamatkan si ibu, nenek, beberapa kanak-kanak serta orang dewasa lain dari bangunan yang terbakar itu.

Sumber: KMN

BACA JUGA :

4 Lelaki Bergaduh Kerana Hutang Diberkas Polis

4 Lelaki Bergaduh Kerana Hutang Diberkas Polis | Empat lelaki ditahan kerana terlibat dengan pergaduhan disebabkan hutang di loji kumbahan Taman Megah, disini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka yang ditahan berusia diantara 22 hingga 50 tahun dan saling mengenali antara satu sama lain.

Tuntut Bayar Hutang

Katanya, pergaduhan tersebut dipercayai melibatkan seorang lelaki yang menuntut hutang, namun berlaku campur tangan daripada dua lelaki lain bagi membantu rakannya itu.

“Keempat-empat lelaki tempatan ini beralamat di Kampung Pontian Besar dan Parit Semerah telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini tular di media sosial pergaduhan keempat mereka di kawasan Loji Kumbahan Taman Megah yang turut disaksikan oleh orang ramai yang bagi melibat kejadian tersebut.

Ketika kejadian berlaku, sedang berlangsung pertandingan Bola Sepak Piala FA di Padang Sintetik Taman Megah berdekatan lokasi kejadian.

Tambah Mohammad Shofee, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesekaaan jika sabit boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply