Ibu Terdesak Campak Bayi Dari Tingkat 4 Ketika Kebakaran | BEIJING – Seorang ibu yang terdesak terpaksa mencampakkan bayinya dari tingkat empat sebuah apartmen ketika terperangkap dalam satu kebakaran, Rabu lalu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Orang ramai pegang cadar sambut bayi

Rakaman video menunjukkan saat-saat dia melemparkan bayi berusia enam minggu itu dari tepi tingkap kepada sekumpulan orang yang berada di tingkat bawah sambil memegang cadar untuk menyambut bayi berkenaan.

Asap tebal turut kelihatan dari tingkap di belakang wanita tersebut yang sebelum itu melemparkan cadar ke bawah kepada kumpulan individu berkenaan.

Dalam video itu juga, wanita tersebut dilihat mencampak bayinya pada jarak sekurang-kurangnya 9.14 meter ke bawah unit apartmennya.

Anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran selepas ia berlaku secara tiba-tiba di Jalan Utara Huancheng.

Bayi dilaporkan selamat

Bayi tersebut dilaporkan selamat dan dibawa ke hospital untuk diperiksa. Dia dikatakan berada dalam keadaan sihat manakala pasukan bomba juga dapat menyelamatkan si ibu, nenek, beberapa kanak-kanak serta orang dewasa lain dari bangunan yang terbakar itu.

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Seorang Ibu Tergamak Campak Bayinya Usia 10 Bulan Dlm Sungai. | Seorang wanita bergelar ibu tergamak membuang bayi lelakinya yang baru berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga lemas. Mayat yang sudah berbau busuk itu ditemui terapung oleh orang kampung di sungai Tangerang, Indonesia.

Suspek yang dikenali sebagai Kamrah berusia 38 tahun dipercayai nekad mengakhiri nyawa anak kandungnya itu kerana tidak tahan mendengar si kecil menangis setiap hari tanpa sebab. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian mendakwa terdengar bisikan yang mengarahkannya berbuat demikian.

Bagaimanapun selepas tersedar anaknya lemas di dalam sungai, suspek cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana si kecil itu telah dihanyutkan air deras. Difahamkan juga, suspek tertekan kerana perlu membesarkan anaknya sendirian memandangkan si suami bekerja di luar bandar dan tidak dapat dihubungi.

Suspek kemudian ditahan dan diarahkan menjalani penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya. Berdasarkan pemeriksaan, suspek disahkan sihat dari segi psikologi dan boleh menjawab soalan. Kes disiasat di bawah akta perlindungan kanak-kanak, suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.

Sumber : OB

‘Saya tetap sayang mak walau diharam susu badan, dihalau’

Taiping: “Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya,” kata Mohamad, 20.

Pemuda ini penghuni paling lama di rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM) di sini.

Menurutnya, sejak keluar dari rumahnya dia berlindung di rumah perlindungan itu lebih setahun lalu dan diberi layanan yang jauh lebih sempurna daripada keluarga sendiri.

Namun Mohamad (bukan nama sebenar) tidak menafikan yang dia rindukan keluarganya dan mahu kembali bersama mereka.

“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya.

“Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.

“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada program jelajah sahur Taiping Medical Centre (TMC) bersama agensi kerajaan dan media, Sabtu lalu.

Mohamad berkata, dia dibawa ke rumah gelandangan itu oleh penduduk kampung pada 14 Januari 2022 dan tanggal itu akan sentiasa dikenang kerana hidupnya berubah dan serba serbi lengkap.

“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.

“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” katanya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.

Kongsinya, dia mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini menetap bersama ibu yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.

Katanya, sebelum ini sudah dua kali dia menyambut Syawal di rumah gelandangan dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Sementara itu Presiden KMM Taiping, Faizzul Amri Shahabuddin berkata, rumah transit rakan jalanan itu dibuka pada 2020 dan sudah menempatkan lebih 70 orang.

“Rumah ini mempunyai enam penjaga manakala penghuninya silih berganti. Maksimum 10 penghuni boleh ditempatkan pada satu-satu masa.

“Selain tempat perlindungan sementara untuk mereka yang mempunyai masalah rumah ini turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan ‘mental awareness’,” katanya.

SUmber : HM

Share.

Leave A Reply