Terlampau Teruja. Pengantin Lelaki Pecahkan Meja Akad Nikah. | Jakarta: Gara-gara terlampau teruja dan bersemangat, pengantin lelaki Indonesia ini tidak sengaja memecahkan meja kaca yang digunakan untuk akad nikah.

nikah

Memetik Tribunnews, insiden itu dirakamkan dalam sebuah video sebelum dimuat naik pemilik akaun Instagram @undercover.id.

PENGANTIN LELAKI TERUJA

Rakaman itu menunjukkan, pengantin lelaki itu terlampau teruja sebelum memecahkan meja kaca itu.

“Berkahwin dengan orang yang selama ini anda idamkan… Mencintai secara melulu…” tulis kapsyen pada video itu.

Sebelum kejadian, seorang kadi membacakan lafaz biasa ketika akad nikah.

Namun, ketika pengantin lelaki menjawab persetujuan akad nikah itu, secara tiba-tiba dia mengoncang tangannya terlampau kuat hingga menghentak meja kaca itu.

Akibat tindakan spontannya itu, meja kaca itu berderai sebelum menyebabkan orang sekeliling di situ termasuk saksi, pengantin wanita dan tetamu terkejut.

Sebaliknya, pengantin lelaki itu pula kelihatan tertawa kerana aksi tidak sengaja dilakukannya itu.

VIDEO JADI VIRAL

Kejadian yang tular itu turut menjadi bahan jenaka dan meraih perhatian netizen yang turut membanjiri ruangan komen pada hantaran video berkenaan.

“Biasanya tetamu mengucapkan syukur kepada Allah apabila melihat akad nikah, (tetapi) ini kemaafan Astagfirulloh,” tulis akaun @dera ***.

Pemilik akaun @ari *** pula mencadangkan pengantin lelaki itu membayar ganti rugi meja kaca yang pecah itu.

Sumber : HM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

(VIDEO) Teruja Kahwini Wanita Muda, Warga Emas Menjerit Masa Akad Nikah | Jakarta – Seorang lelaki warga emas tular di media sosial kerana terlalu bersemangat ketika melafazkan akad nikah untuk berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya, lapor laman berita Suara.com

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun Instagram bernama @penajam_terkini itu, sebuah majlis ijab kabul sedang dijalankan untuk menikahkan pasangan tersebut.

Lelaki tua itu mengejutkan ahli keluarga yang hadir ke majlis perkahwinannya kerana terlalu bersemangat melafazkan akad nikah.

TONTON VIDEO TERSEBUT :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PenajamTerkini+ (@penajamterkini_net)

Hadirin mula ketawa setelah lelaki itu menjerit dan sah melafazkan akad nikah.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Semoga cepat dikurniakan zuriat, moga dapat kembar,’’ tulis seorang netizen.

‘’Kalah lelaki muda,’’ tulis netizen lain.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

[VIDEO] Pengantin Perempuan Minta Kain Kafan Sebagai Mas Kahwin | Momen majlis ijab kabul sepasang pengantin di Lombok, Indonesia menjadi bualan hangat netizen apabila pasangan itu menjadikan kain kafan sebagai mas kahwin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai It’s Me di TikTok, kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 1.58 juta rupiah (RM753).

Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak 2.58 juta rupiah (RM753) dibayar tunai.

Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.

Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita.

Semua ahli keluarga terkejut dan ramai yang melarang sampai orang tuanya tidak setuju tapi pengantin wanita tetap nak mahar itu.

Sumber: Oh Bulan

Artikel Lain

Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198.

Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198. | JAKARTA – Gara-gara gagal menyerahkan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198), sepasang kekasih di Indonesia terpaksa akur untuk berpisah selepas keluarga bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan kisah yang tular di laman TikTok itu, gadis berasal dari wilayah Sulawesi Barat, Marwana Nareswari mendedahkan bahawa dia dan tunangnya terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga lebih mementingkan adat.

Menurut Marwana atau lebih gemar disapa Awa, dia dan bekas tunangnya telah menyiapkan semua persiapan perkahwinan bahkan, gambar praperkahwinan juga telah dirakam.

Awa berkata, ketika bekas tunang dan keluarga datang menemui keluarganya, ibu bapanya menentukan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198) memandangkan gadis tersebut berdarah Sulawesi.

“Rupa-rupanya, jumlah mas kahwin itu membuatkan keluarga calon suami saya terkejut. Ini kerana keluarga mereka berasal dari Jawa dan jumlah mas kahwin yang kami tetapkan dianggap amat tinggi.

“Mereka juga menyangkakan bahawa mas kahwin sekitar 5 juta rupiah (RM1,413) mungkin sudah cukup untuk diserahkan, namun keadaan berbeza bagi penduduk Sulawesi,” jelasnya.

Awa dan bekas tunangnya kemudian mula bimbang kerana menjelang tarikh perkahwinan asal mereka iaitu 9 September 2022, tiada khabar diterima daripada keluarga lelaki itu.

Menurut Awa, keluarganya turut berasa malu kerana mereka banyak menerima tanggapan negatif daripada orang ramai disebabkan majlis perkahwinan tidak berlangsung pada tarikh dirancang.

Selepas majlis ditunda ke 7 Januari 2023, Awa berkata, keluarga bekas tunangnya akhirnya pergi menemui mereka di Sulawesi tanpa membawa wang mas kahwin yang diminta untuk diserahkan.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunangnya juga jatuh sakit serta hanya mampu menyerahkan 20 peratus daripada jumlah mas kahwin yang ditetapkan.

Keadaan itu membuatkan keluarga Awa marah lalu mengusir keluarga bekas tunangnya serta membatalkan pernikahan mereka.

“Kita seeloknya memudahkan urusan mas kahwin dan majlis perkahwinan. Bagi calon pengantin, ibu bapa dan mentua, seeloknya mas kahwin perlu ditetapkan pada kadar sewajarnya mengikut keadaan dan jangan dipaksa jika tidak mampu.

“Kita mencari keberkatan dan reda Allah, bukan reda manusia,” katanya. – Agensi

Sumber : Kosmo

[VIDEO] Lelaki Semangat Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah

[VIDEO] Lelaki Semangat Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah | Pastinya mendebarkan buat kedua-dua belah pihak apabila menanti hari untuk menghalalkan hubungan. Pelbagai aspek yang dirisaukan buat bakal pengantin dalam memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung.

Namun, lain pula kisah pemuda ini yang terlebih semangat untuk berkahwin apabila mahu berangkat terus ke lokasi nikah pada Isnin lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda yang lengkap berbusana itu kelihatan sudah bersedia untuk akad nikah sebagai suami.

Ketika sedang menuju ke pintu untuk keluar, pemuda tersebut mula menyedari dirinya tersalah tarikh nikah apabila ditegur oleh kakaknya. Melulu masuk ke bilik tidur, pemuda itu terus menanggalkan persalinan nikahnya.

Difahamkan, majlis pernikahannya bakal berlangsung pada hari Jumaat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan semangat pemuda tersebut demi menghalalkan pasangannya.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply