Ini Punca Kenapa Neelofa TERGELAK Baca Cadangan Larangan Rokok Sorang Netizen | Baru ni sorang netizen telah muat naik cadangan “luar biasa” untuk advokasi larangan rokok dan mengejutkan Neelofa tergelak baca cadangan tersebut. Ini puncanya..
CADANGAN HAFIZ BUAT NEELOFA TERGELAK
NAMA pengacara dan pelakon, Neelofa, antara kaedah yang dicadangkan untuk ‘mempromosi’ kempen larangan merokok di premis makanan, yang bermula pada 1 Januari.
Cadangan menggunakan nama Neelofa itu dikemukakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Hafiz Mansor dalam satu entri.
Kata Hafiz, papan tanda larangan merokok yang digantung atau ditampal di dinding mungkin tidak begitu berkesan kerana ada kemungkinan pelanggan tidak perasan.
Justeru Hafiz mencadangkan agar papan tanda itu diletak di atas meja makan, selain turut mencadangkan penggunaan ayat-ayat tertentu yang boleh menarik perhatian perokok tegar.
“Letaklah ayat macam ‘Perokok yang tidak hisap rokok di kedai makan adalah lelaki idaman saya – Neelofa’,” tulis Hafiz.
Dalam responnya terhadap entri yang kini tular itu, Neelofa akui terhibur dengan cadangan menggunakan namanya itu.
Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga sempat berpesan agar orang ramai mematuhi peraturan larangan itu.
(Boleh rujuk Link asal tulisan FB Hafiz Mansur)
PEROKOK GUNA PITA UKUR JARAK 3 METER DARI KEDAI
ADEGAN perokok menggunakan pita ukur bagi mengukur jarak kedai makan dengan kawasan yang dibolehkan merokok, menarik perhatian netizen yang menggambarkan tindakan itu sebagai mencuit hati.
Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di laman media sosial Facebook, seorang perokok memegang pita pengukur manakala rakannya turut bantu mengukur jarak 3 meter seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan.
Seorang lelaki yang merakam adegan berkenaan turut menyatakan dengan jelas arahan tersebut.
“Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh, ukur! Baru boleh. Tuan kedai pun tak bagi hisap rokok dalam kedai,” katanya.
Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.
VIDEO PEROKOK UKUR 3 METER DARI JARAK KEDAI
Sumber: Astro Awani