Ini Punca Penukaran Silibus Secara Kerap | Silibus pembelajaran yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) tidak boleh ditukar sesuka hati setiap tahun dan ia mempunyai kitaran.

Silibus pembelajaran tidak boleh ditukar secara kerap - Radzi

Datuk Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan  menyatakan bahawa penghasilan sesuatu silibus memerlukan proses kajian yang sangat mendalam. Hal ini disebabkan ia melibatkan banyak pakar dan guru berpengalaman serta berkebolehan.

Beliau juga berkata, ini bukan silibus Radzi Jidin. Beliau ingin jelaskan silibus yang digunakan hari ini bermula pada 2017. Oleh itu, bagi membina silibus tersebut, mereka telah ada membuat perbincangan sebelum itu lagi.

Beliau juga bertambah dengan menyatakan bahawa penukaran silibus yang berkerapan, akan menyebabkan semua cikgu dan murid menghadapi kesukaran nak sesuaikan diri dengan silibus baharu.
Selama ini, apabila selesai satu pusingan maka penilaian akan dibuat untuk melihat keberkesanan silibus tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Reading Progress, pada hari ini.
Datuk Radzi berkata demikian mengulas soalan pemberita mengenai isu silibus Matematik yang dibangkitkan oleh seorang guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh di media sosial. Guru Matematik tersebut menyatakan silibus itu terlalu tinggi dan tidak selaras dengan kemampuan murid untuk memahami dan menguasainya.
Beliau berkata jika seseorang murid dapat menghabiskan Tahun 6 dengan pendekatan silibus sama, jika, mereka masuk Tahun Satu dengan silibus tersebut.
Menurut Datuk Radzi, KPM tidak pernah menutup ruang kepada guru untuk memberikan sebarang pandangan malah beliau sendiri turun padang bertemu guru bagi menyelesaikan sesuatu isu termasuk isu beg berat dalam kalangan murid.
Beliau berkata, mereka telah membuat banyak transformasi di kementerian (KPM) hasil berbincang dan dapat maklum balas daripada guru dan pihak yang terlibat. Beliau berasa tidak tepat jika dikatakan KPM tidak mendengar pandangan daripada guru.
Mengulas mengenai dakwaan berlaku penyelewengan di kementeriannya, beliau berkata pihaknya terbuka mengenainya dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telah mengambil tindakan seperti arahannya supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Datuk Radzi kata mereka terbuka dan tidak ada apa yang beliau nak khuatirkan sebab itu KSU telah mengambil tindakan seperti yang diarahkan sebab mereka nak pastikan imej KPM baik. Mesej mereka setiap sen duit rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat sangat mudah.
Akhir kata, beliau berkata, beliau berada di sini, menjalankan khidmat negara. Beliau tidak ada tujuan lain, ada tuduhan SPRM siasat apa yang ada di KPM.

Sumber: Astro Awani, Siakap Keli

Share.

Leave A Reply