Ini Sebabnya Kenapa Puluhan Ribu Rakyat China Serbu, Berhimpit-Himpit Selepas Tamat Perintah Berkurung

| April 6, 2020 | 0 Comments

Ini Sebabnya Kenapa Puluhan Ribu Rakyat China Serbu, Berhimpit-Himpit Selepas Tamat Perintah Berkurung | Selepas China meraikan ‘kemenangan’ berjaya mengekang wabak Covid-19, Puluhan ribu rakyatnya serbu dan berhimpit-himpit selepas tamat perintah berkurung, ini sebabnya..

Puluhan ribu pelancong China membanjiri sebuah banjaran gunung popular pada hujung minggu selepas tempat pelancongan itu dibuka semula, biarpun pihak kesihatan memberi amaran bahawa ancaman COVID-19 masih ada.

Bagaimanapun banjaran tersebut di Huangshan kemudian ditutup semula semalam selepas laluannya dibanjiri oleh lebih 20,000 pelancong.

Mereka datang ke situ kerana kerajaan tempatan di Wilayah Anhui, timur China telah menawarkan kemasukan secara percuma ke 29 tempat pelancongan, termasuklah Huangshan untuk menarik pelancong.

Gambar-gambar yang tular di media sosial menunjukkan penduduk kelihatan bersesakan di laluan itu selama tiga hari sambutan Festival Qing Ming.

Huangshan yang juga dikenali sebagai Gunung Kuning telah ditutup selepas jumlah bilangan pelawat telah melebihi had harian iaitu 20,000 orang, kata pihak pengurusan taman tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Mereka juga menggesa pelancong agar melawat ke lokasi lain atau datang semula ke situ pada hari lain.

Pegawai bandar Huangshan mengumumkan bahawa penduduk-penduduk Anhui boleh melawat tempat-tempat indah dan menarik secara percuma sepanjang tempoh 1 hingga 14 April apabila keadaan pelancongan tempatan sedang kembali pulih di tengah-tengah krisis wabak.

Pelancong diminta untuk menyatakan status kesihatan mereka melalui telefon, memakai topeng muka dan perlu memeriksa suhu badan sejurus tiba di sana.

Sementara itu, Tembok Besar China juga telah dibuka semula baru-baru ini untuk kehadiran pelancong setelah sekian lama ia ditinggalkan berminggu-minggu sepanjang musim wabak.

Sumber: Daily MailCNN

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *