Ini Tindakan Yang Akan Dikenakan Jika Guru KAFA Enggan Divaksin |  Tindakan tegas akan diambil terhadap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor, yang masih berdegil tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan mengikut undang-undang itu, termasuklah diberhentikan kerja.

Beliau berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), guru yang enggan mengambil vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dengan murid.

“Untuk peringkat awal, kita akan berikan ingatan dan amaran hingga ke peringkat kemungkinan diberhentikan kerja.

“Kita tidak mahu menyusahkan mereka, namun mengikut peraturan pekerjaan, guru ini boleh diambil tindakan jika ingkar arahan majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Hari Kecemerlangan Pelatih dan Perasmian Dewan Baitul Ehsan di Pusat Perlindungan Baitul Ehsan, di sini, hari ini.

Share.

Leave A Reply