Ismail Sabri Nafi Berita Kemungkinan Berlaku MCO 3.0 | Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mendakwa telah menolak laporan berita yang mengatakan kerajaan bakal memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali ke-3 susulan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia yang bakal mencecah empat ribu, baru-baru ini.
Beliau turut mengatakan bahawa tiada perbincangan atau mesyuarat telah dijalankan oleh Majlis Keselamatan Negara selepas keluar kenyataan dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bakal mengkaji semula perintah MCO di masa akan datang. Tambah Ismail Sabri, tiada pertemuan telah diadakan bersama Perdana Menteri bagi mengadakan mesyuarat mengenai perihal tersebut.
Penafian beliau terhadap berita ini susulan tular di beberapa portal berita bahawa PKP 3.0 bakal diperkenalkan semula di beberapa negeri di Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak selama dua minggu bermula 3 Mei.
Berita tersebut turut tular selepas Malaysia telah mencatatkan bilangan sebanyak 3,418 kes baru Covid-19 di seluruh negara serta kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai penggunaan katil melebihi kapasiti di wad kritikal Covid-19 di Hospital Besar di Lembah Klang iaitu mencapai 90 peratus penggunaan.
Malaysia kini dijangka akan melalui ‘gelombang keempat’ pandemik selepas mencapai jumlah kes harian baru-baru ini mencecah 4,000 angka dan PKP bakal digunakan semula untuk mengekang jangkitan dari terus tular.
Sumber: Malaymail