Isu Banduan Basuh Kereta Pegawai Penjara, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia | Sebelum ini, tular sekeping foto di media sosial dikongsi seorang Pegawai Penjara memaparkan seorang banduan yang sedang mencuci keretanya. Foto tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya dan ada yang mendakwa tindakan tersebut seolah-olah memandang rendah terhadap banduan berkenaan.

Isu Banduan Basuh Kereta Pegawai Penjara, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia

Terbaru, Jabatan Penjara Malaysia tampil memberikan enam penjelasan berhubung foto berkenaan bagi mengelakkan sebarang spekulasi dalam kalangan netizen. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan tersebut pada harga berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

May be an image of text

Pada masa yang sama, penghuni penjara yang viral sebelum ini telah dilatih dan diberi kemahiran menerusi program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

Mengulas lebih lanjut, orang awam yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh banduan memberi maksud mereka menyokong program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan.

Sumber : Oh Bulan, Jabatan Penjara Malaysia

Share.

Leave A Reply