Isu LTTE. Ini Kenyataan Berani Dr Maza Yang Ramai Sokong | Ini kenyataan berani Dr Maza selepas viral Peguam Negara batal prosiding jenayah LTTE. Baca selanjutnya

Rakyat Malaysia Diminta Berdoa

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, membuat satu kenyataan ringkas di laman facebook dengan meluahkan kebimbangan beliau terhadap keselamatan negara.

Kenyataan Dr.Maza itu dibuat selepas keputusan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang telah memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), berkuatkuasa serta merta hari ini.

Menerusi status yang dimuat naik, Dr Maza turut meminta seluruh rakyat negara ini berdoa agar perubahan dapat dilakukan demi menyelamatkan keadaan negara ini.

Peguam Negara membuat kita bimbang kepada keselamatan negara. Marilah kita semua berdoa agar satu perubahan berlaku segera bagi menyelamatkan keadaan negara.

BACA: Batal Prosiding Jenayah LTTE. Ini 28 Hujah Peguam Negara Yang Ramai Tak Tahu

Komen Netizen

Harap parti2 melayu perlu ambil kira perkara ni.. wujudkan la 1 pakatan baru..

Wow baru kena dgn isu favourite…isu TH senyap sunyi…mungkin hanya geng pencuri boleh bentuk kerajaan pintu belakang,maka tidak menyerang geng pencuri adalah diharuskan

Agamawan mane yg sokong prlantikan AG awl2 ari tue…? Rakyat majoriti dh tolak awl2 AG nie…. Nie lah kesannya..

Sumber : DrMAZA.com via Siakapkeli

Share.

Leave A Reply