Isu Makanan RMT. Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kanan Pendidikan | Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tampil menjelaskan gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Isu Makanan RMT. Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kanan Pendidikan

Menurutnya, wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan mengenai gambar makanan tersebut.

Jelasnya, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.

Beliau menegaskan KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima program tersebut.

Beliau memaklumkan, buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply