Isu Sajat Larikan Diri Pergi Bangkok Naik Kereta Api, Ini Respon KTMB | Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dia dipercayai meloloskan diri ke negera gajah putih itu dengan menaiki gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.

Isu Sajat Larikan Diri Pergi Bangkok Naik Kereta Api, Ini Respon KTMB

Susulan daripada itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan.

Menurut pihak KTMB, fasiliti dan terminal kargo di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan juga Kastam.

Difahamkan setiap tren kargo yang merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan. Proses berkenaan melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan juga barangan.

Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dibebeakan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dikenali sebagai Misha. Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Sumber : Oh Bulan, KTM Berhad

Share.

Leave A Reply