Isu Tindakan Tegas Keatas Golongan Anti Vaksin. Ini Jawapan PM Yang Ditunggu Ramai | Berikutan isu tindakan tegas yang bakal diambil kerajaan bagi golongan antivaksin, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Kerajaan bukan berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik COVID-19.

Isu Tindakan Tegas Keatas Golongan Anti Vaksin. Ini Jawapan PM Yang Ditunggu Ramai

Beliau berpendapat bahawa golongan yang enggan mengambil vaksin ini hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi.

Bahkan, tegas Ismail Sabri, golongan itu juga hanya menyusahkan diri sendiri apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, pasaraya dan merentas negeri berbanding penerima lengkap dua dos vaksin.

Beliau berkata bahawa, jika golongan ini tidak mahu melindungi diri sendiri, mereka seharusnya berfikir tentang orang lain kerana tindakan mereka sememangnya dapat membahayakan nyawa lain hasil daripada apa yang mereka lakukan.

Berikutan itu, kerajaan bakal mengenakan tindakan yang lebih tegas bermakna, tujuannya bukan untuk menyusahkan sesiapa bahkan bagi menjaga kepentingan nyawa golongan yang ramai supaya dapat melindungi nyawa yang lainnya.

Ismail Sabri mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang memberi bayangan bahawa kumpulan antivaksin akan berhadapan dengan kesusahan dalam hidup kerana tidak akan dibenarkan oleh kerajaan untuk menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.

Bahkan, kerajaan Arab Saudi juga mensyaratkan jemaah yang ingin melakukan ibadah umrah dan haji pada tahun hadapan mesti lengkap mengambil dua dos vaksin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru golongan tersebut agar segera mengambil vaksin kerana itu merupakan tanggungjawab bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri bahkan orang lain juga.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply